Pages

Tuesday, January 18, 2011

Promosi: Suami untuk di sewa.

Neni baru berkahwin dalam bulan Nov 2010. 
Hubungan kami amat bahagia TETAPI..........
 *******************************************************

Entry ni bukan iklan/ promosi untuk sewakan hubby Neni...tadi saje je nak bagitau korang yang i ada hubby jugak tp bukan untuk disewa ok...(uish....mintak jauh la...) entry tp berkaitan dengan satu artikel dari internet tentang khidmat memberi sewa suami...erm....erm....no komen...


PROMOSI 1
TBILISI: Satu perniagaan baru di Georgia menawarkan ‘suami’ untuk disewa wanita bujang yang memerlukan bantuan menyelesaikan kerja rumah mereka.

Namun, pemilik perniagaan itu mengakui apa yang diperlukan sesetengah pelanggannya ialah kasih sayang. “Kami menyediakan perkhidmatan untuk wanita yang memerlukan bantuan menyiapkan kerja rumah contohnya seperti kerja membaiki,” kata pemilik perniagaan itu, Beso Mchedlishvili.

Namun menurutnya, ramai wanita keliru dengan nama syarikatnya - Suami Untuk Sejam - dan mereka meminta perkhidmatan berlebihan.

Sejak syarikat terbabit beroperasi di negara bekas Soviet itu dua bulan lalu, bilangan wanita yang inginkan perkhidmatan intim bertambah ramai mengatasi perkhidmatan asal yang ditawarkan. - AFP


PROMOSI 2
Syarikat Hagemashi Tai menyediakan suami sementara kepada ibu- ibu tunggal yang mengiginkan khidmat dari mereka seperti membantu anak- anak mereka menyiapkan kerja sekolah, menyelesaikan masalah dengan jiran- jiran, membawa anak- anak ke taman atau bagi menghadiri perjumpaan ibu bapa di sekolah.
Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan kepada wanita yang ingin berlatih untuk belajar menjalani kehidupan sebagai suami isteri.Walaubagaimanapun, tidak dinyatakan samaada perkhidmatan seks di tawarkan atau pun tidak...

p/s: ada yang rela sewakan suami anda x?????

5 comments:

Browacana said...

Terkejut den! Kuuuuuus Semangat..:p

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

uiissshhh....

macam-macam depa ni...

suami pon boleh sewa..tak ada ka sewa isteri plak?

neni izazi said...

@GaDiS: Tengah karang ayat untuk entri akan datang...hihihi ^^. Rase-rase ok tak?

apek poyo said...

kalau buat kat m'sia ni kompom kono tetak punyo...ekekek
gilo apo

neni izazi said...

tu la...tp sbb malaysia ni ramai orang islam, xkan terjadi kot...semua wanita malaysia ni sayang suami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...