Pages

Friday, February 9, 2018

Binatang Serangga Masuk Telinga

Salah satu mimpi ngeri jika ada serangga seperti semut,lipas,kutu dan serangga-serangga kecil masuk kedalam telinga.

Masalah lebih besar jika serangga itu masuk kedalam telinga anak kecil. Lagi kesian kalau masuk kedalam telinga anak yang masih bayi.

 Antara tanda-tanda ada serangga dalam telinga bayi adalah :
-menangis sambil memejam mata
-menggosok-gosok telinga
-mengorek-ngorek telinga dengan jari
-tidak keruan dan nampak tidak selesa

Antara cara atau petua untuk mengeluarkan serangga dalam telinga ialah

-guna lampu picit,serangga cari cahaya (saranan doc jg)

-letak air dalam telinga

-tutup mulut,hidung dan sebelah telinga yg tiada serangga

-letak air liur sekitar luar telinga

-guna kapur makan

-letak minyak berangin sekitar telinga

-untuk serangga yang besar seperti lipas,boleh gunakan penyepit

-guna vacum- cara ini sangat berisiko dan bahaya kerana boleh merosakkan gegendang telinga. Gunakan power yang perlahan dan jangan dihalakan terus ke dalam lubang telinga.


Apepuan petua yang anda perolehi,silalah pertimbangkan dulu mengikut kesesuaian keadaan.Langkah yang baik dan selamat adalah berjumpa dengan doktor.

Monday, January 8, 2018

2018

Dah lama niat nk sambung balik menulis..Sumpah,habis lupa segala cara nak mengarang atau menulis. Takpe,ansur-ansur kita gilap balik.Setakat ni kita rojak je bahasa asal sampai maksud.

Tahun 2018 setakat ni agak kelam kabut dengan persekolahan izz.Kalau tahun lepas izz belajar di sekolah Pasti ada van yang datang ambil dan hantar ke rumah tp tahun ni Izz dapat masuk Pra sekolah,takde pulak bas yang masuk ke perumahan kami.

Jalan terakhir terjumpa parents budak pra jugak yang sanggup bekerjasama. Pagi Ahsan hantar dan jemput skali anak dia dan balik sekolah Izz tumpang orang tu datang hantar rumah.Alhamdulillah Allah bagi jalan juga walaupun bukan seperti yang dipinta. 

Rancangan tahun ni tak berapa jelas atau kabur menanti kelam terus kehitam agaknya. Niat nak habiskan lesen kereta,sennag dapat hantar anak ke sekolah.Mungkin mencari peluang untuk tambahkan pendapatan tetapi masih buntu bidang mana nak dituju.

Dan harapan paling tinggi tahun ni agar alu tidak lagi perlu risau tentang tag harga pada barang.Bukan ingin kaya raya cuma biarlah cukup semua.Kebajikan anak-anak dapat dilaksana dengan cara sederhana dan yang paling penting kehidupan berkerluarga yang bahagia....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...