Pages

Wednesday, March 12, 2014

RESEPI MEE UDANG-Sedap dan Mudah


 
 
MEE UDANG

BAHAN

Bawang merah/kecil 10 biji...
4 ulas bawang putih
Cili kering 15 biji kalau nak pedas lagi leh lah tambah ckit lagi
Udang Geragau 1 senduk
Udang hidup dalam ½ kilo
1 peket Pes udang
Cili Sos 1 senduk
900 gram mee-2 peket
Sedikit bebola udang dan fish cake
Sedikit kacang tanah yang telah ditumbuk
Tauhu 2 keping digoreng dan dipotong come…
Keledek 1 biji yang sedang2 aja.

CARA

Keledek direbus kemudian dilecek atau blender, nak cepat blender jerlah.
Lecek tu nanti tangan pun jadi keras. Nak pakai lama weh…
Bawang merah, putih dan cili diblender dan semasa blender tu
campurkanlah dengan 3 sudu tepung gandum
Udang geragau juga diblender

Kemudian panaskan sedikit minyak, tumis bawang, cili yang telah diblender dan Pes udang.
Bila dah sebati dan wangi, masukkan udang geragau, kacang dan kacau lagi. Masukkan sedikit
air asam jawa dan sos cili dan kacau lagi biar sebati.
Kemudian masukkanlah 2 mangkuk air dan bila kuah dah mendidih, masukkan udang
dan diikuti dengan keledek yang dilecek seterusnya bebola udang dan fish cake.
Masukkan sedikit garam dan perasa secukup rasa.

Bila mee dah dibasuh, bolehlah dicurahkan air panas dan toskan.
Sayur sawi bolehlah juga dicelur
Sedikit taugeh dicurahkan air panas.

Cili merah dihiris sedikit.
Potong sedikit daun sup
Bawang goreng
Telur rebus 3 biji
Tauhu yang telah digoreng

SELAMAT MENCUBA
 
P/S: Terima kasih pada : Share selara rasa masakkan malaysia 

Monday, March 3, 2014

Resepi Cream Puff Sangat Senang dan Sedap

Resepi cream puff ni sangat senang & sedap.. sape tngah rajin tu blh la cube2 buat nanti.


Resepi:
250ml air
100gm mentega
1sdk gula
1sdk garam
125gm tepung gandum
3biji telur gred B

Cara-cara:
Panas kan air hingga mendidih, masuk kan mentega, gula & garam.
Kacau smapai mendidib the tutp api trus masukkan tepung, kacau gune senduk kayu @ whisk smpai tepung xmelekat kat periuk, sejukkan sebentar.
Masukkan telur 1 per 1 pukul gune mixer smpai sebati, 

Paip kan atas loyang, renjis2 skit ngan air sebelum bakar pada suhu 180c selama 20mnt @ sampai kekuningan...

Kastard:
500ml susu segar
1biji telur
25gm tpng kastard
30gm tepung jagung
100gm gula

cara2:
masak susu hingga mendidih the tutup api masukkan bahan selebihnya kacau2 dulu smpai sebati, hidupkan api balek masak sampai pekat.Selamat mencuba.

Credit to : Azie's Oven.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...