Pages

Tuesday, July 23, 2013

Puding Roti Kukus




Puding roti siap dikukus
Kalau dah nama bulan Ramadhan, memang banyak la orang yang post pasal makanan kat facebook. Boleh kurus puasa kalau duk tenung lama-lama kat screen tu. Salah satu makanan yang memang menggoda jiwa dah raga, Puding roti ni la. Nampak sedap je tapi sah-sah daku tak makan. Tapo teringin nak masak.

Google 2-3 resepi untuk buat puding roti ni, cara nak buat puding roti kebanyakan sama jer cuma untuk buat sos tu ada 2 jenis, satu letak kastard, satu lagi guna susu segar. Kami guna susu segar sebab papanda yang request nak yang sos guna susu.









Bahan-bahan puding roti
BAHAN-BAHAN PUDING ROTI
10 keping roti (potong 4/carik2)
1 tin susu cair (375 mL)
3 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis/ cip coklat








CARA-CARA

1. Sapu butter / majerin pada roti. Sapu sebelah sahaja.Susun dalam loyang. Boleh selang selikan tiap-tiap lapisan dengan kismis/cip coklat
2. Masukkan telur, gula ,esen vanila. Kacau. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sehingga sekata.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti ( jangan tekan-tekan roti, takut mampat, tak gebu nanti).
4. Kukus dengan api sederhana 20-30 minit. ( nak bakar pun boleh)
5. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk rasa yang mabeles.

BAHAN SOS SUSU
500 ml susu full cream
1/2 tin susu krimer
 2 biji kuning telur
 Esen vanilla - 1 sudu kecil
  Gula
 
BAHAN-BAHAN SOS KASTARD


1 TIN susu cair
1/4 tin air ( guna tin susu tadi)
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula

CARA-CARA
1. Panaskan susu dengan api sederhana. Masukkan esen vanila.
2. Pukul kuning telur sampai lembik ( read: kembang)
3. Masukan kuning telur, teruskan mengacau untuk elak telur kuning bergentel.
4. Tambahkan gula mengikut tahap kencing manis yang anda inginkan.
5. Sedia untuk disantap.:-)
puding roti siap sos


Monday, July 22, 2013

Resepi Tomyam Pekat Ala Thai

Panas-panas dari dapur, terus buat entry sebab takut nanti lupa lagi. Resepi ni untuk kuah tomyam pekat ala kat kedai makan thai tu. Resepi ni kami ambil dari SIL.Memang kena dengan selera kami.Nyum..nyumm... Tak sabarnya nak makan sahur nanti.

Edisi kami ni takdelah pedas macam kat kedai makan tu, kami tambah kasih sayang pada tomyam tu, sebab tu ada rasa manis-manis sikit. Sebenarnya ikut lidah asli kelantan, memang la semua nak manis.Macam muka kami..hikkk..hokkk..ok, ni resepi untuk tomyam 1 periuk saiz sederhana:-


bahan untuk dikisar


Bahan Blander
5 biji tomato
2 biji bawang putih
1 biji bawang merah
add pedas: cili merah/lada kering




Bahan 
Separuh ekor ayam ( +-berkadaran dgn kuah nanti)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Bahan penting tomyam
1/2 bawang besar
2 batang serai ( ketuk)
1 biji tomato
1 inci lengkuas
2 kiub tomyam
2 helai daun limau purut
1/2 air limau nipis
garam, gula ikut bisikan hati
 Sayur campuran


Sayur 1 malaysia



Cara Memasak

1. Tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau.
2. Masukkan campuran yang telah diblander, masak sehingga menggelegak.Masukkan ayam dan tutup periuk untuk seketika.
3. Masukkan bahan-bahan tomyam tadi, gunakan api sederhana. Lepas tu masukkan semua bahan-bahan lain.Masak sehingga puas hati. Kalau rasa tak puas hati, tambah la garam gula lagi.Jangan sampai jadi sira ayam sudah..:-)

Tomyam pekat Ala thai-Sedap
Alhamdulillah, menjadi dan kena dengan selera kami. Papa memang pandai bab-bab tambah rasa ni.Mami pandai campak bahan-bahan tak berasas jer ( selain garam dan gula). Samalah seperti hubungan kami, "saling melengkapi". :-)





Saturday, July 20, 2013

Iftar Sponsored By KENNY ROGERS ROASTERS


KRR- THE MINES

Rabu, 17 Julai 2013 ( macam nak tulis berita pulak).Kami dapat iftar free lagi. Kali ni special sikit sebabnya Kenny Rogers ROASTERS Malaysia yang sponsor. Alhamdulillah, murah rezeki kami sekeluarga. Mesti pelikkan? Kenapalah Atuk Kenny tu nak sponsor kami pulak, macamlah daku ni artis..he..he...

Sebenarnya Mami join contest kat Fb
Kenny Rogers ROASTERS Malaysia. (sila klik Like) Contest untuk dialog simple jer. Alang- alang join tu Mami pun paksa la Papa join sama. Caranya kena kumpul vote untuk dialog kita buat. Ingatkan dah takde harapan nak menang dah sebab memang susah nak mintak tolong orang( kawan)  untuk vote ni. Lagi satu, masa dah nak sampai ke due date, macam ramai la pulak yang join dan vote naik mendadak.

Contest yang dijoin.



Erm...kata hati ni macam pelik jer sebab cepatnya diorang dapat vote. (guna autolike/ something ler tu). Memang takde harapan nak menang la. Hari-hari last Mami dah malas nak promote dah sebab memang takder harapan untuk menang...hu..hu...

Dipendekan cerita, Papa check email dan dapat email dari KRR yang Papa menang. Pelik bin ajaib bin mustahil. Macammna Papa boleh menang sedangkan vote papa hampir kurang separuh dari vote Mami. Mami pun cuba la check email ( yang tak pernah dibuka pun sebelum ni). Yahoooo...alhamdulillah, memang jugak. Nasib baik tempoh reply tu sampai petang, masih sempat untuk reply untuk bagi detail...Terima kasih Allah..








Kami dapat 2 set

Setiap pemenang akan mendapat 2 meal vouchers dan 2 side dish.Maknyanya kami dapat 8 voucher. Dapat la 2 kali berbuka puasa kt KRR. Jumlah voucher RM100. Alhamdulillah, rezeki tuhan nak bagi di bulan yang mulia ni.

Terima kasih Allah atas rezeki yang kurniakan. Jadikan kami hamba yang selalu bersyukur dan sentiasa terasa terlebih dalam menikmati nikmatMu ini sehingga kami dengan seikhlas hati berkongsi sedikit kenikmatan dengan yang lain pula nanti.

Thursday, July 18, 2013

Jemputan Iftar Pertama

Siap untuk iftar


Alhamdulillah, sudah 8 hari umat islam berpuasa. Tahun ni tak seperti tahun -tahun lepas, sebabnya kitchen manager ( papa bagi pangkat) telah dikurnikan oleh Allah sebuah kerajinan dan keinginan untuk masuk dapur. Pelik, sungguh pelik sampai papa sendiri pun macam tak percaya.Asyik ajak pergi bazar ramadhan jer.

Entry kali ni bukan nak cerita pasal masakan tapi nak coretkan sedikit ingatan untuk bacaan anak-(anak) mami nanti. Tak penting pun sebenarnya.

Hari ni Dr Harijono, opismate papa ada membuat majlis berbuka puasa. Boleh dikatakan tiap-tiap kali bulan puasa beliau akan buat majlis berbuka puasa. Alhamdulillah, murah rezeki beliau, murah jugak la rezeki kami sebab boleh makan free.he..he..

Pak Ari ni ada bukak restaurant, menu mesti la dari Indonesia. Nasi ayam penyet beliau memang sedap. Sepinggan penuh papa letakkan untuk mami.Pemurah betul papa kalau bab-bab nak menambahkan lemak kat badan mami ni.Maaf, gambar kat sana takde sebab papa tak snap pun.Sedih...:-(

Izz pulak sangat la baik, sangat good boy.Makan banyak pulak tu, suka sangat kat cucur sayur. Lepas tu mintak nasi pulak. Mami dan papa boleh makan dengan tenang dan senang hati.

Alhamdulillah, masih ramai lagi manusia yang bermurah hati, sudi berkongsi bersama sedikit rezeki. Semoga Allah melimpahkan rezeki pada mereka yang pemurah.Insya Allah.

Saturday, July 6, 2013

Genting Highland- Genting View Resort

http://wacanaku2009.blogspot.com/2013/07/percutian-ke-genting-highland-genting.html
Family time at Genting

Alhamdulillah, kami baru balik dari jalan-jalan. Kami ke Genting je pun pada 3-4 Julai 2013. Dah hampir 5 tahun tak kesana, ada la perubahan sikit sebab dah ada Strawberry Farm and Bee Farm.
Kami kesana sebab papa kena ganti bawak kami jalan-jalan, sebabnya sebelum ni papa dah tinggal kami 2 kali ke Langkawi ( tahun ni sahaja dah 3 kali ke langkawi) so malaslah nak ikut papa ke langkawi lagi.Mintak la ganti bawak pegi jalan tempat lain pulak.

Kami menyewa kt Genting View Resort, tempah siap-siap sebab nak dapat harga murah. Dan terpaksa jugak pergi hari weekdays. Pagi-pagi lagi aku dah bangun masak mee goreng, nugget dan sosej untuk bekal kat sana. Kek coklat tinggal buat topping jer. Punyalah semangat nak berholiday. Kalau tak bawak bekal dari rumah memang tak sah rasanya.

Kami bertolak agak lambat, lepas zohor baru bertolak, nasib baik check in pukul 3.Alhamdullah, perjalanan lancar, dalam pukul 2.30pm dah sampai kat apartment dah.Kami makan-makan kejap, pastu terus naik ke Genting Theme Park. Ambik masa 10 minit jugak la dari apartment ke Genting Theme Park tu.

sebelah out door-izz sibuk nak tolak stroller

Masuk jer kat indoor, perasaan lain macam jer. Kalau waktu sebelum kawen dulu, rasa seronok lain macam kalau sampai Genting. Sekarang ni tengok rasa macam lagu najwa latiff tu....KOSONG...KOSONG...KOSONG....nampak semua macam tak best jer.

Kasih sayang time.


Kami dah berkira-kira, nak beli ke tak tiket utk theme park ni, dah la banyak jugak games yang close for renovation.Alang-alang dah sampai papa suruh jugak beli tiket indoor.RM64 untuk dua orang dewasa (RM32 seorang untuk tiket indoor).
handsome boy naik ni duduk kt princess dome tu je..APTB

Lepas naik few rides, berenti sembahyang asar dan magrib skali. Lepas tu kami makan kat Marybrown, punyalah best rasa nasi dan Fish and Chip dia...(lapar+ sejuk punya pasal). Lepas makan, kami balik apartment jer.Izz tido terus, penat sungguh sayang mummy sorang tu.

DAY 2



ada taman Jepun,pakai baju rm5/person

Map Genting attraction

Breakfast makan roti beli kat Apartment Ria semalam. Kalau sape-sape yang pergi ke genting, nak cari barang murah sikit, boleh la pegi ke kedai runcit kt Apartment Ria. Lepas sarapan, tunggu Izz bangun tido.Kami check out dalam pukul 12.30 pm. Terus ke Bee Farm, betul-betul kat jalan keluar dari Genting View Resort tu. Tempat macam menarik tapi harga mahal nak mam.... Baru teringin nak beli madu, sebotol rm120++ utk madu yang sesuai untuk izz makan. Ada jugak tempat untuk masuk ke Bee farm.RM16/person. Kami tak masuk pun sebab kecik jer tempat dia tu. Rasa tak berbaloi.

Madu yang mahal tp sodap.



strawberry farm-genting


Kami terus ke Strawberry Farm, lokasi kat Gohtong Jaya, area belakang Hotel Sri Malaysia. Terasa macam kat Cameron Highland pun ada, tapi kawasan dia lagi luas dari Cameron highland. Sempat la rasa penat jalan-jalan tu. Boleh self pick up strawberry, sayur-sayur dan buah-buah lain.Ada jugak Taman Lavender (RM3/entry).

merah mcm strawberry dah.



Masuk jer waktu petang, hujan dah mula turun. Kami berenti makan kat Mini Cameron jap. Makan chicken Chop and waffle jer. Lepas tu bertolak balik dalam pukul 4.30 petang. Malam nanti papa nak bawak ke Kedai Burger Bakar Abang Burn untuk pelancaran resepi baru. Nanti buat entry lain untuk review ya.

Review Genting View Resort Apartmet

tugu sebelah jalan.


ruang tamu, ada balcony and tv



Kami dapat harga murah sebab beli awal-awal dari MyDeal.com.my. Dapat la harga RM99.00 tapi kena bagi deposit RM100. Normal rate dalam RM300 jugak la.Deposit akan dikembalikan selepas kita email balik keadaan rumah tu lepas kita check out. Maknanya no housekeeping. Kena kemas sendiri.




Bed room.

just sweet area.


Ada 1 bilik tido ( 1 king and 1 single bed), kat dining area ada satu lagi queen saiz katil. Tv siap ada astro, wifi xder. Ada kichen area tapi tak dibenarkan untuk memasak. Ada disediakan microwave ( kotor) dan kettel serta peti ais. Semua berfungsi. Paling bestnya bilik air ada bath tab.Memang idaman kalbu la.he..he...Air panas untuk mandian mesti la ada.



kichen area.

hot shower and bath tub.


Overall, kami berpuas hati dengan apartment ni walaupun kena kemas sendiri(nampak benor pemalasnya) tapi kami xkemas ape sangat pun. Setakat tukar cadar dan sapu sampah. No big deal untuk housekeeping.he..he... Bilik yang kemas dan tak de kes tandas rosak atau ape-ape yang menyakitkan hati. Lokasi pulak agak kedalam dari jalan besar, tapi yang bestnya ada pak guard yang jaga,so ada rasa safety la sikit.

Note: Promosi kat Mydeal.com.my, kalau beli 2 voucher, dapat free 1 voucher apartment kt Melaka.Jadi, kami planning bulan 10 nanti akan round-round melaka pulak. Terima kasih sangat-samgat papa sebab sudi bawak kami jalan-jalan walaupun papa sibuk. We lov you so muuaaah

 Edisi papa boleh tengok sini... ----)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...