Pages

Monday, July 22, 2013

Resepi Tomyam Pekat Ala Thai

Panas-panas dari dapur, terus buat entry sebab takut nanti lupa lagi. Resepi ni untuk kuah tomyam pekat ala kat kedai makan thai tu. Resepi ni kami ambil dari SIL.Memang kena dengan selera kami.Nyum..nyumm... Tak sabarnya nak makan sahur nanti.

Edisi kami ni takdelah pedas macam kat kedai makan tu, kami tambah kasih sayang pada tomyam tu, sebab tu ada rasa manis-manis sikit. Sebenarnya ikut lidah asli kelantan, memang la semua nak manis.Macam muka kami..hikkk..hokkk..ok, ni resepi untuk tomyam 1 periuk saiz sederhana:-


bahan untuk dikisar


Bahan Blander
5 biji tomato
2 biji bawang putih
1 biji bawang merah
add pedas: cili merah/lada kering




Bahan 
Separuh ekor ayam ( +-berkadaran dgn kuah nanti)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Bahan penting tomyam
1/2 bawang besar
2 batang serai ( ketuk)
1 biji tomato
1 inci lengkuas
2 kiub tomyam
2 helai daun limau purut
1/2 air limau nipis
garam, gula ikut bisikan hati
 Sayur campuran


Sayur 1 malaysia



Cara Memasak

1. Tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau.
2. Masukkan campuran yang telah diblander, masak sehingga menggelegak.Masukkan ayam dan tutup periuk untuk seketika.
3. Masukkan bahan-bahan tomyam tadi, gunakan api sederhana. Lepas tu masukkan semua bahan-bahan lain.Masak sehingga puas hati. Kalau rasa tak puas hati, tambah la garam gula lagi.Jangan sampai jadi sira ayam sudah..:-)

Tomyam pekat Ala thai-Sedap
Alhamdulillah, menjadi dan kena dengan selera kami. Papa memang pandai bab-bab tambah rasa ni.Mami pandai campak bahan-bahan tak berasas jer ( selain garam dan gula). Samalah seperti hubungan kami, "saling melengkapi". :-)





29 comments:

Hafiza AizZawa said...

mmg cadang nk wat tom yam berbuka hari nie..

neni izazi said...

try la buat resepi ni plk. :-)

Syazana Sazali said...

Kak nak tanya yg bahan blander tu kene blander basah ke kering. Kalau basah perlu air byk mana? Tq

dee thai said...

Nie slh bkn resepi thailand

dee thai said...

Ini bkn resepi thai..

dee thai said...

Tomyam x pyah blender ap2 pn sebenarnye..

dee thai said...

Nie slh bkn resepi thailand

Anonymous said...

Dah try resepi ni.mmg menjadi.x sbr tunggu hubby rs...trime kasih kongsi resepi..

Anonymous said...

Da tu ni resepi ape ...

Anonymous said...

Salam...sy pn dh try rsepj ni...meletop sgt. Suami n adk2 suka sgt2

cincin kawin terbaru said...

jos gan mantab...

rosfarinna rosli said...

Sye dh try.. meletoppppp! Sdap..dpt pujiannn lgii...yayyy

Karl Efdzan said...

Originally thai x pyh blnder2 sbnrnye...cuma org mlyu je yg mncipta kelainan skit. Thts why kuah tu nmpk pekat..sb bhn blnder tu. Anyway..thanks for the recipe.

Izzah Izzwa said...

saya dah cuba .. best, tq

Anonymous said...

Salam dah try tapi kuah tu jd pelik sebab bahan blander tomato tu . Bukan jd tomyam tp dah macam kuah tomato je ..

Yna Collections said...

msk ni xde salah xde betul..kalo sedap go on je.. :)

Zakira Azima said...

bahan2 tak kne tambah air ke? tak kering ke klu tak tambah air?

Zakira Azima said...

bahan2 ni semue tak kne tambah air ke.. tak kering ke?

Zakira Azima said...

bahan2 ni semue tak kne tambah air ke.. tak kering ke?

neni izazi said...

Haah...tambah air ikut kesesuaian. Mcm kuah tomato tp sebab dh campur cili kering blander rasa la mcm tomyam pekat.maaf pada chef2 yang masak masakan thai yang sebenar. Saya cuma berkongsi resepi masakan yang saya rasa sedap dengan selera saya. Sebab tu saya tulis "ala"... dah dpt resepi tom yam thai sebenar insya allah saya share lg. Enjoy memasak ya korang.

neni izazi said...

Campur air yunk. Ikut selera nak pekat mcmmna.

neni izazi said...

Haah...betul..betul...

neni izazi said...

Boleh kurangkan tomato atau adjust resepi ikut kesukaan sis. Masakan ni mana2 pun ok asal kena dengan selera kita.

neni izazi said...

Alhamdulillah....

neni izazi said...

Xmampu nak buat mcm origanal kuah thai tu.xtahu diorang letak ape utk sedapkan kuah...

neni izazi said...

Wah...boleh bukak lestolen dah tu.he.he

neni izazi said...

Alhamdulillah...

neni izazi said...

Semoga kena dengan selera...

neni izazi said...

Resepi ala thai...klu resepi thai sebenar rasanya dia ada perencah dia sendiri tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...