Pages

Thursday, June 20, 2013

Semangat Baru

Dah hampir 2 minggu jadual tidur Izz Walee Mahdi 180 darjah beza dengan masyarakat normal di Malaysia. Dia start tido pukul dalam pukul 10 pagi dan akan bangun pulak pukul 9malam. Hari lain pulak waktu lain pulak dia tido..Ya Allah, mami terpaksa ikut time tido dia pulak.

Cubaan pertama: Kek coklat kukus.
Di sebabkan waktu pagi (4am-10am) beliau berjaga, aku rasa macam terajin nak memasak pulak. Tambahan pulak sekarang ni duk baca blog-blog masakan.Terasa semangat nak try masak dan tempek kat blog jugak la..hi..hi..

Di sebabkan tekereran dan minat mendalam aku dalam bidang masakan ni jugak, Papanda belikan ( xbeli pun, guna voucher 1 Malaysia) aku buku 1 Hari 1 Resepi: 365 Jenis Masakan. ( RM39.90). Memang mengidam nak buku tu pun.



Buku 365 resepi


Harap-harap semangat baru ni bukan seperti hangat-hangat taik ayam jer...Hari ni siap buat list nak beli barang-barang untuk memasak. Nampak sangat la dapur tu memang tak cukup barang masak...ngee...

Friday, June 14, 2013

Warehouse Sale Hytex 2013

Map ke Hytex sale-Dewan kat kawasan perumahan, sebelah JJ Bukit Tinggi,Klang.


Dah lama aku tunggu nak pegi kt Hytex sale ni.Sejak menjadi ibu ni, hobi dah beralih arah mengejar sale untuk kanak-kanak jer.Tapi bukan semua warehouse sale kami pergi.Baru dalam 3-4 tempat jer.Kali ni Hytex buat kat Bukit Tinggi, Klang pulak. Jauhnya....(kata papa).

Punyalah semangat nak pegi sana, aku tido dalam 2 jam jer, dari pukul 3am, dalam pukul 5 pagi Izz dah terjaga dah. Terpaksalah mummy bangun skali.Sebab tido 2 jam jugaklah aku terkejutkan cik abg sayang untuk solat subuh awal.Sedang elok jer dia siap solat, surau baru azan..ngeee...jangan marah ya abg, sayang mamai.. solat subuh 2 kali lebih afdal..he...:-P


Dewan serbaguna- betul2 depan JJ,dalam kawasan perumahan.




Sambung balik, nak sampai sana tu kami sempat la sesat dalam sejam jugak.Rupanya dewan tu betul2 sebelah JJ Aeon Bukit Tinggi.Hampes punya map dia bagi, highlight la JJ tu..kan senang kami yang buta map ni nak mencari.

Sampai kat sana kiranya kami agak awal la, agak luas jugak berbanding warehouse sale Anakku tp kecik dari yang Pureen punya sale.Ada 2 bahagian, 1 bahagian utk toodler, satu lagi utk baby (1-3 tahun).Pakaian utk dewasa pun ada skali.



Ada kipas, kawasan pun luas (sebab takde orang sangat)
Sempat la aku pilih baju mana yang berkenan. Izz dapat main pusing-pusing stand baju, jadi mummy angkat 2 ibu jadi cakap besta sebab izz jadi god boy hari ni.Tengok punya tengok, terdetik hati sanubari ni yang membisikkan kata-kata "tak de pilihan sangat la"...Macam Tshirt biasa jer.Harga dalam RM6-RM8 untuk Tshirt. Seluar xder sangat.Macam xder langsung...

Good boys... Latihan menguatkan stamina


Maka dengan itu, habislah duit papa dalam RM150.Paling sikit jumlah pembelian stakat ni, klu kt Purenn dulu habis RM500++, Anakku, Pegion dll semua Rm200++.Kiranya daku ni menjadi semakin tak pandai dalam bershopping.Masalah umur mungkin.


Kami beli 12 helai tshirt, 1 pant, 1 tshirt papa dan 1 pant untuk mummy.Kak ye pun kirim suruh belikan untuk her future baby.Baby girl, memang rambang mata nak memilih.Sempat la merasa untuk shopping baju baby girl...uhuk..uhuk......

comeikan baju gegirl.

Baju izz. RM6- RM15 jer
Sampai rumah, makan dan rehat kejap, mummy dengan Izz telah pengsan dari pkl 5 sampai pukul 10 malam.Papa balik dari ofis pun tak sedarkan diri jugak.Nasib baik xkena CPR dengan papa...



Moral of the story:Apepun kemahiran (shopping) yang anda miliki haruslah selalu di asah agar sentiasa berbisa walau di mamah usia.

Wednesday, June 12, 2013

RESEPI: Ikan Siakap Masak Stim

Siakap sama yang kami beli kat Alamanda. Beli 2 ekor, cukup la untuk 2 kali makan. Tu pun tak habis sebab kami jarang makan ikan besar. Slalu makan ikan kecik-kecik jer....

Ni resepi ambil kat Google jugak tapi macam biasa, kami letak ape yang ada kat rumah jer.

Ada budu baru celopp...


                                                             Bahan Perap
                                                       - Ikan Siakap 1 ekor
                                                       -garam ( secubit)
                                                       -secukup rasa
                                                        -Limau nipis



Bahan untuk tabur nanti




Bahan untuk stim
- 4 ulas bawang putih( di mayang halus)
- sebiji bawang besar(potong dadu)
- 1 inci halia( mayang)
- 3 helai daun limau purut
-2 batang serai
-daun bawang
- 2 sudu sos tiram
-1/2 cawan air
-lada benggala(potong dadu)
-sedikit gula


xtenggelam, tapi malas nk potong dua.



Cara-cara.
1. Perap ikan bersama bahan perap selama 15-30 minit
2. Panaskan periuk pemanggang sehingga air mendidih.
3. Sediakan mangkuk dan masukkan sos tiram, gula, perahan limau.
4.Tabur semua bahan ke atas ikan, siram dengan campuran sos tiram tadi.
5. Panggang hingga masak. Kami letak dalam 30 minit.
6.Hiaskan dengan daun bawang.

 



Monday, June 10, 2013

RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA.



siakap 3 rasa.

First time aku masak siakap 3 rasa ni. Tu pun kebetulan kami ke Carrefour Alamanda, ikan siakap ada sale. RM4.80 xsilap...murah bebenor...ikan agak besar, sebesar penampor kekasih hati jgk la...klu kt pasar malam biasa RM10 sekor.

Memandangkan daku ni memang terror bab2 masak ni, terpaksalah tgk resepi abg google, Banyak edisi rupanya. Alih2 aku guna jer ape yang ada kat rumah + beli tambah sikit benda yang wajib letak dalam tu.


BAHAN-BAHAN


Seeloknya ikan tu jgn basah sangat.

  Ikan siakap
 - Lumur Sesedap Rasa
 -Garam kunyit sikit
 -Tepung jagung ( utk garingkan ikan)



Kuah
1. Minyak utk menumis- 5 sudu.
2. Bawang putih 4 ulas( cincang)
3. Bawang besar 1 biji( potong dadu)
4.Nenas ( dadu)-spatutnya nenas masam tu,
5. Tomato ( P.dadu)
6.Lada Benggala(P.dadu)
7.Cili padi 5 biji ( hiris halus)
8.Halia- ( hiris halus)
9.Sos tomato- 3 sudu
10. Sos cili- 3 sudu
11. Sos tiram- 3 sudu
12.Daun Limau Purut ( utk rasa ala thai)

Cara Masak

1. Panaskan minyak-pastikan minyak betul2 panas  barulah boleh masukkan ikan. Pastikan ikan betul2 tenggelam dalam minyak tu. ( deep fried)
2. Panaskan kuali, letak minyak utk menumis. Masukkan bawang putih, halia. Goreng sehingga naik bau.
3. Lepas bawang naik bau/ dah jadi mcm kuning2 tu, masukkan semua bahan lain. Lepas tu try2 la rasa. Tambah garam dan gula ikut sedap rasa ya.Nak sos cair sikit boleh tambah air sikit.
4. Siap , boleh make up dengan letak daun bawang.


ikan siakap goreng garing- ratah pun sodap ni

Kuah- dah tambah air ckt


Alhamdulillah, menjadi jugak Siakap 3 rasa kami tp rasa macam ada kurang sikit, kurang masam sebab aku tak letak sos plum dan nenas yang kami letak tu jenis manis sangat. Insya Allah, lain kali kami try buat lagi. :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...