siakap 3 rasa. |
First time aku masak siakap 3 rasa ni. Tu pun kebetulan kami ke Carrefour Alamanda, ikan siakap ada sale. RM4.80 xsilap...murah bebenor...ikan agak besar, sebesar penampor kekasih hati jgk la...klu kt pasar malam biasa RM10 sekor.
Memandangkan daku ni memang terror bab2 masak ni, terpaksalah tgk resepi abg google, Banyak edisi rupanya. Alih2 aku guna jer ape yang ada kat rumah + beli tambah sikit benda yang wajib letak dalam tu.
BAHAN-BAHAN
Seeloknya ikan tu jgn basah sangat. |
Ikan siakap
- Lumur Sesedap Rasa
-Garam kunyit sikit
-Tepung jagung ( utk garingkan ikan)
Kuah
1. Minyak utk menumis- 5 sudu.
2. Bawang putih 4 ulas( cincang)
3. Bawang besar 1 biji( potong dadu)
4.Nenas ( dadu)-spatutnya nenas masam tu,
5. Tomato ( P.dadu)
6.Lada Benggala(P.dadu)
7.Cili padi 5 biji ( hiris halus)
8.Halia- ( hiris halus)
9.Sos tomato- 3 sudu
10. Sos cili- 3 sudu
11. Sos tiram- 3 sudu
12.Daun Limau Purut ( utk rasa ala thai)
Cara Masak
1. Panaskan minyak-pastikan minyak betul2 panas barulah boleh masukkan ikan. Pastikan ikan betul2 tenggelam dalam minyak tu. ( deep fried)
2. Panaskan kuali, letak minyak utk menumis. Masukkan bawang putih, halia. Goreng sehingga naik bau.
3. Lepas bawang naik bau/ dah jadi mcm kuning2 tu, masukkan semua bahan lain. Lepas tu try2 la rasa. Tambah garam dan gula ikut sedap rasa ya.Nak sos cair sikit boleh tambah air sikit.
4. Siap , boleh make up dengan letak daun bawang.
ikan siakap goreng garing- ratah pun sodap ni |
Kuah- dah tambah air ckt |
Alhamdulillah, menjadi jugak Siakap 3 rasa kami tp rasa macam ada kurang sikit, kurang masam sebab aku tak letak sos plum dan nenas yang kami letak tu jenis manis sangat. Insya Allah, lain kali kami try buat lagi. :-)
No comments:
Post a Comment