Pages

Thursday, September 26, 2019

Susu Ensure atau Enercal.

PESAKIT KANSER (PESAKIT KRONIK) JANGAN TAKUT MINUM SUSU:
SUSU ENSURE?  NUTRENT OPTIMUM? PROSURE? atau  ENERCAL?

Sy ingin kongsikan catatan Pn Dahlia  Leya Mohd  seorang Pakar Pemakanan dr HSNI yg dikongsikan dlm FB CANCER SURVIVORS (MSIA):

1.  APA BEZA SUSU ENSURE DENGAN ENERCAL?
`Susu ENSURE is complete balanced nutrient. manakala susu Enercal pulak semi complete.
Untuk tiub feeding (pesakit hanya minum susu), pihak Dietician sarankan utk minum susu Ensure.
manakala untuk suplemen boleh ambil susu Enercal.

Beza rasa (Taste?)
Ramai yang mengatakan susu Enercal lebih sedap rasanya dan harganya memang murah sedikit jika  dibandingkan dengan susu ENSURE.

2. PROSURE sesuai untuk pesakit Kanser?
Dlm Prosure ada EPA dan omega 3 fatty acid dari minyak ikan. Fungsinya utk normalkan sesetengah proses metabolisme badan yg menyebabkan badan kita hilang Berat.

Ianya juga membantu mengurangkan keradangan sel kanser tu. 
Maximum consumption utk susu Prosure hanya 18 scoop shj sehari.
Kalau perlu lebih dari 18 scoop Prosure, kita sarankan tambah susu  formula lain. Seperti ENSURE - NUTRENT OPTIMUM atau OPTIMAX.

Kenapa 18 scoop shj sehari utk PROSURE?
Sebab  kandungi EPA 2.2 gram  sehari cukup utk menjalankan fungsinya.

3. NUTRENT OPTIMUM: (sama bagus dengan ENSURE dengan tambahan Probiotics dan prebiotics)
contains probiotics, prebiotics, high quality whey protein, essential vitamins and minerals, and a heart-friendly fat blend.
It is lactose-free and gluten-free.
Sangat bagus kepada pesakit yg mempunyai elergi kepada Lactose. Kandungan Probiotics/prebiotics memudahkan proses pencernaan.

4. Pesakit digalakkan minum  JEVITY  or NUTRENT  fibre . Keduanya ada fibre dan memudahkan penghadaman.

Tetapi yang paling penting adalah .. perlu untuk pesakit Kanser atau pesakit Kronik Minum Susu walau apa pon Jenama yg dibeli
`as long as ambil susu pun kira ok dah'

5. Dialisis atau Pesaki Buah Pinggang:

Anda boleh beli NEPRO  (dlm botol) atau novasource renal (pack). Tapi lebih baik jumpa dietitian untuk lebih tepat pengiraan jumlah pengambilan sehari

❤❤❤❤❤❤❤❤
Pengalaman Peribadi:
saya minum susu sehari 4 kali (ENERCAL) sewaktu saya menjalani rawatan radioterapi dan sepanjang saya melalui proses rawatan dan penyembuhan selepas pembedahan untuk kanser endometrium (2012)

mode: jangan takut minum Susu ... Susu tidak menyebabkan Sel Kanser menjadi Agresif dan Aktif.

Hjh Zuraini Kamal
Founder Cancer Survivors Malaysia

Thursday, September 19, 2019

Cuba mendidik hati

 Perkara yang aku selalu sebut,selalu ulang pada anak-anak,suami dan diri sendiri. Bersyukurlah. Amat payah bagi aku untuk meratapi sesuatu bencana atau kerugian dalam masa yang lama. Lainlah kalau melibatkan hati. Tu memang aku memilih untuk bahagia dulu.

Pernah dulu suami call bagitahu dia kemalangan.  Soalan pertama aku "abang ok ke? Ada cedera ke?" suami cakap dia ok xder cedera. Aku sambut dengan Alhamdulillah dan suara ceria. Lepas tu ada respond yang agar hambar dari suami,terasa mungkin sebab tidak mendapat respond seperti yang diharapkan. Lepas keadaan reda,aku terangkan pada suamj bukannya aku gembira atau tidak risau dia kemalangan tetapi aku bersyukur sebab dia sihat dalhamdulillah. Tiada sakit tiada cedera.

Memang susah nak didik hati,nak betulkan pandangan. Lihat dari sudut posotif walaupun perit jugak untuk menelan. Tetapi bagi aku,aku lagi susah dan menderita jika menganggap masalah yang kami hadapi adalah satu bencana. Seperti rasa terseksa hati dan jiwa. Rugi material dan rugi emosi.


Thursday, July 25, 2019

Sushi king bonanza julai 2019

Sushi king bonanza datang lagi. Mamimu memang tunggu time bonanza dan any promotion je baru berkobar-kobar nak pergi. Kena bajet la sebab anak ramai.



Bonanza kali ni start pada 22-25 julai 2019. Hari minggu sahaja. Jadi masa agak terhad sebab kena tunggu papanda dan izz balik dulu baru boleh pegi.

Kelainan kali ni cuma syaratnya kena ada apps sushi king,kena download dan daftar siap-siap. Free sahaja.Maksimum 1 apps hanya untuk 3 orang tapi syarat tu xketat sangat kot. Bayar nanti dapat point untuk kumpul dalam apps nanti.

Sebenarnya kami pun baru start menziarahi balik je sushi king selepas dapat sijil halal Jakim. Biasa buat sendiri je kat rumah.hehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...