Pages

Friday, June 14, 2013

Warehouse Sale Hytex 2013

Map ke Hytex sale-Dewan kat kawasan perumahan, sebelah JJ Bukit Tinggi,Klang.


Dah lama aku tunggu nak pegi kt Hytex sale ni.Sejak menjadi ibu ni, hobi dah beralih arah mengejar sale untuk kanak-kanak jer.Tapi bukan semua warehouse sale kami pergi.Baru dalam 3-4 tempat jer.Kali ni Hytex buat kat Bukit Tinggi, Klang pulak. Jauhnya....(kata papa).

Punyalah semangat nak pegi sana, aku tido dalam 2 jam jer, dari pukul 3am, dalam pukul 5 pagi Izz dah terjaga dah. Terpaksalah mummy bangun skali.Sebab tido 2 jam jugaklah aku terkejutkan cik abg sayang untuk solat subuh awal.Sedang elok jer dia siap solat, surau baru azan..ngeee...jangan marah ya abg, sayang mamai.. solat subuh 2 kali lebih afdal..he...:-P


Dewan serbaguna- betul2 depan JJ,dalam kawasan perumahan.




Sambung balik, nak sampai sana tu kami sempat la sesat dalam sejam jugak.Rupanya dewan tu betul2 sebelah JJ Aeon Bukit Tinggi.Hampes punya map dia bagi, highlight la JJ tu..kan senang kami yang buta map ni nak mencari.

Sampai kat sana kiranya kami agak awal la, agak luas jugak berbanding warehouse sale Anakku tp kecik dari yang Pureen punya sale.Ada 2 bahagian, 1 bahagian utk toodler, satu lagi utk baby (1-3 tahun).Pakaian utk dewasa pun ada skali.



Ada kipas, kawasan pun luas (sebab takde orang sangat)
Sempat la aku pilih baju mana yang berkenan. Izz dapat main pusing-pusing stand baju, jadi mummy angkat 2 ibu jadi cakap besta sebab izz jadi god boy hari ni.Tengok punya tengok, terdetik hati sanubari ni yang membisikkan kata-kata "tak de pilihan sangat la"...Macam Tshirt biasa jer.Harga dalam RM6-RM8 untuk Tshirt. Seluar xder sangat.Macam xder langsung...

Good boys... Latihan menguatkan stamina


Maka dengan itu, habislah duit papa dalam RM150.Paling sikit jumlah pembelian stakat ni, klu kt Purenn dulu habis RM500++, Anakku, Pegion dll semua Rm200++.Kiranya daku ni menjadi semakin tak pandai dalam bershopping.Masalah umur mungkin.


Kami beli 12 helai tshirt, 1 pant, 1 tshirt papa dan 1 pant untuk mummy.Kak ye pun kirim suruh belikan untuk her future baby.Baby girl, memang rambang mata nak memilih.Sempat la merasa untuk shopping baju baby girl...uhuk..uhuk......

comeikan baju gegirl.

Baju izz. RM6- RM15 jer
Sampai rumah, makan dan rehat kejap, mummy dengan Izz telah pengsan dari pkl 5 sampai pukul 10 malam.Papa balik dari ofis pun tak sedarkan diri jugak.Nasib baik xkena CPR dengan papa...



Moral of the story:Apepun kemahiran (shopping) yang anda miliki haruslah selalu di asah agar sentiasa berbisa walau di mamah usia.

2 comments:

ejulz said...

shopping sakan.. hehe

neni izazi said...

sekali stahun jer shopping barang untuk anak. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...