Pages

Wednesday, February 23, 2011

Khasiat Budu Terbongkar (Wikipedia)

Sumber dari: Wikipedia

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Hidangan budu bersama nasi kerabu
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
KAD MURAH 
KAD MURAH DARI GOOGLE
ha..ha..ha...
hari ni fenim lagi, nak kena tambah kad jemputan lagi..
terpaksa la search kt Google dan yahoo..
cari guna keywords kad murah, kad terlalu murah, kah murah sangat.
macam-macam la lagi taip,
 kad baget, kad ekonomi..erm...
dan kualiti kadnya agak memuaskan la..
masa dah tinggal xlama sangat dah ni..
mampuka diriku....??

nak xnak, esok kena putuskan pasal kad tambahan 
500 pcs lagi ni....Erm...tuhan, mohon urusanku berjalan
lancar...Amin..


Tuesday, February 22, 2011

My Wedding cake.

Hari ni hari sakit kepala...
sebabnya photographer tarik diri, bukan salah dia..
salah Neni la sebab xbgitau dia awal-awal
yang kami dah tukar tarikh...luperrrr...

Erm...
nak buat macammana, benda di luar perancangan,
bercanggah dengan kemahuan,
tapi terpaksa ikut jugak la...

tinggal lagi dalam 25 hari untuk majlis persandingan,
hari ni Neni pilih design untuk kek.
kek untuk upacara membelah kek la konon,
tapi nak buat pulut kuning jugak.
mana satu xtahu ni....
kek bunga. tema merah putih
macamni la kot lebih kurang yang Neni nak,
Incik Hubby pun dah setuju jugak,
Klu xder love, Neni akan letak ros merah kat kek tu..
ok, bahagian design kek dah beres,
tinggal nak tempah kat kedai jer.


Monday, February 21, 2011

photographer & videographer needed....


Macamne la boleh lupa nak bagitau photogarpher
yang kami dah tukar tarikh sanding  ni?????
kesian...
kesian kat dia sebab dia xdapat nak join wedding tu
sebab dia xfree tarikh tu,
kesian...
kesian kat kami plk, 
kami xder photographer la jawabnya..
pening kepala nak pikir dah, mintak- mintak la
ada photographer lain yang free pada 17 mac nanti.
kepada kawan- kawan blogger, klu ada sape-sape yang kenal
photographer dan videographer area kelantan,
tolong inform Neni k.
thanks....

Saturday, February 19, 2011

pelamin anganku..

Dapat berita yang mengembirakan, 
pelamin in progress..yahooo....
bantal 3 colour katanya, walaupun tema neni merah n putih,
tapi dia letak jgk warna hitam sikit2.tak tahu la mcmner
rupanya nanti...berserah je la.
risau ni...hu..hu..

Neni impikan pelamin yang simple jer,
merah putih n ada bunga gantung2 kat panel,
tapi wedding planner suggest suruh pilih yang ada bantal2 comel tu,
ok, xkisah tapi mesti ada bunga gantung...
ha..ha..mengada-ngadanya daku...
pelamin bertunang

simple but nice,
macam pelamin bertunang dan akad nikah
sebelum ni, simple jer, bunga gantung kat kain blakang.
 walaupun tak menepati keinginan tapi Neni dah berpuas hati la.
 semua orang berpuas hati. paling penting, My Incik Suami suka.
 bila dia suka, semua akan jadi sempurna.

Sebenarnya Neni tak sabar nak tgk mcmne la rupa
pelamin kami nanti. adakah seperti yang di harapkan.???
errmmmmmmmmm......

Hampir tiba...

membilang hari. 27 har lagi.

Pening kepala,sakit otak....xsampai sebulan lagi Neni akan
bersanding...banyak benda tak siap lagi macam pelamin, 
cenderamata untuk tetamu...sempat ker siap?

sempat kottt....Insyaallh, Neni bercakap berdasarkan pengalaman,
masa untuk kami akd nikah dulu, persediaan kami hanya dalam 2,3 minggu 
je kot.Alhamdulillah, berjalan lancar walau kepenatan.

ops....
kawan- kawan pun xjemput lagi ni.....
kad jemputan pulak kena tambah, ummi cakap 1000 kad xcukup,
nak kena tambah lagi dalam 500...sakan...

hurm..mampu meluah kat blog jer la sebab kt sini
majoriti xkenal Neni, so mcm tulis kt Diari je la, xnak mintak 
pendapat pun, sekadar nak meluah, berkongsi resah...


Monday, February 7, 2011

Aku mahu pulang ke pangkal jalan.

Memang sedih mengenangkan masa berlalu, masa silamku..
tapi.........kali ini, malam ini...
dengan nekad hati, aku bertekad untuk








PULANG KE KAMPUNG....
yahoOOOO...

mcmnilah lagaknya bila tiba time nak balik kampung.
balik kali ni nak settlekan semua persiapan perkahwinan.
xsabar rasanya nak balik kampung.rindu sama amma appa.



Sunday, February 6, 2011

AM PHOTOGRAPY NEW YEAR GIVEAWAY 2011






ok, sebelum join, penuhi syarat-syarat dari penaja dulu tau...
Salam...
Sempena kedatangan tahun baru,
AM Photography bermurah hati ingin memberi hadiah...
Senang je syarat2nya..


Terma & Syarat:

1. Tulis entry bertajuk ”AM Photography New Year Giveaway 2011”.

2. Letak gambar Giveaway ini di sidebar blog dan link kan kepada entry ini.

3. Letakkan link blog2 (kat My Blog List) & banner blog2 di bawah ini di sidebar blog anda sbg penaja bersama. Juga jadi follower mrk.
http://amphotogroup.blogspot.com
http://alishamardhiyah.blogspot.com
http://semua-barangmurah.blogspot.com

4. Lepas tu tinggalkan komen dengan link sebagai tanda penyertaan kawan-kawan.

5. Tarikh tutup Giveaway ni adalah sebelum 11.59pm pada 31 Jan 2011., 15 feb 2011. Sebanyak 8 orang pemenang akan dipilih secara rawak.

*GIVEAWAY INI DILANJUTKAN SEHINGGA 15 FEBRUARY 2011*

* AM Collection merangkumi 2 blog ni ya...

 http://alishamardhiyah.blogspot.com
http://semua-barangmurah.blogspot.com

Saturday, February 5, 2011

AKU ANAK BELIAU.....

SAYANGILAH IBU BAPA ANDA
CONTEST CIK BELLA.

Masa masih bersisa tapi harap- harap sempat la join contest ni.
usaha- usaha...
ok, kena penuhi syarat penaja adiah dulu, 
Warganegara Malaysia- DONE
Follow blog Cik Bella- DONE
laki or pompuan boleh join, - POMPUAN
Letak gambar- BAIK.
Tinggal link entry kat komen post Cik Bella- OK

ok, erm...letak satu gambar jer...????
yang ni ok x?
saat paling bahagia bila dapat bersama.
Ni la gambar best friends Neni, sangat memahami, suka
mendengar luahan hati Neni, boleh berkongsi ape saja rahsia
tapi jarang boleh simpan rahsia, ...(T_T). 
Orang kata kami kembar, lahir tahun lain-lain jer.

 Gambar ni masa first time ummi datang rumah sewa Neni.
Ummi boring sangat masa duk rumah sorang- sorang 
sebab Neni g keja. Time bawak ummi g jalan-jalan ni
rasa happy sangat sebab dah lama xjumpa ummi..
rindu ooooOOOOO..
terlalu istimewa di hatiku, 
ummiku terbaik, abahku terlalu sempurna.
suamiku segalanya. :-)
P/s: -

ADA HADIAH NAK BAGI KORANG.

Gambar google ni.he..he..
KLIK SINI YA... 
sila la join..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...