Pages

Tuesday, July 23, 2013

Puding Roti Kukus




Puding roti siap dikukus
Kalau dah nama bulan Ramadhan, memang banyak la orang yang post pasal makanan kat facebook. Boleh kurus puasa kalau duk tenung lama-lama kat screen tu. Salah satu makanan yang memang menggoda jiwa dah raga, Puding roti ni la. Nampak sedap je tapi sah-sah daku tak makan. Tapo teringin nak masak.

Google 2-3 resepi untuk buat puding roti ni, cara nak buat puding roti kebanyakan sama jer cuma untuk buat sos tu ada 2 jenis, satu letak kastard, satu lagi guna susu segar. Kami guna susu segar sebab papanda yang request nak yang sos guna susu.









Bahan-bahan puding roti
BAHAN-BAHAN PUDING ROTI
10 keping roti (potong 4/carik2)
1 tin susu cair (375 mL)
3 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis/ cip coklat








CARA-CARA

1. Sapu butter / majerin pada roti. Sapu sebelah sahaja.Susun dalam loyang. Boleh selang selikan tiap-tiap lapisan dengan kismis/cip coklat
2. Masukkan telur, gula ,esen vanila. Kacau. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sehingga sekata.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti ( jangan tekan-tekan roti, takut mampat, tak gebu nanti).
4. Kukus dengan api sederhana 20-30 minit. ( nak bakar pun boleh)
5. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk rasa yang mabeles.

BAHAN SOS SUSU
500 ml susu full cream
1/2 tin susu krimer
 2 biji kuning telur
 Esen vanilla - 1 sudu kecil
  Gula
 
BAHAN-BAHAN SOS KASTARD


1 TIN susu cair
1/4 tin air ( guna tin susu tadi)
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula

CARA-CARA
1. Panaskan susu dengan api sederhana. Masukkan esen vanila.
2. Pukul kuning telur sampai lembik ( read: kembang)
3. Masukan kuning telur, teruskan mengacau untuk elak telur kuning bergentel.
4. Tambahkan gula mengikut tahap kencing manis yang anda inginkan.
5. Sedia untuk disantap.:-)
puding roti siap sos


4 comments:

Unknown said...

Neni,

Kalau farah buat puding roti farah tak penah buat sos kastad tu sbb tak suka makan dengan sos. Just makan puding roti je. heheheh. sedapnya puding rotiiii

MumMe said...

heheh...bila nampak botol esen,baru teringat last week buat terlupa esen vanila...hikssss...

nurbijen said...

saya pun suka makan puding roti.... kelmarin baru masak puding roti, tapi rasa nak buat lagi hari ni :)

~spLenDIferOUs~ said...

Auntie neni,,,,
Blog lain punye nmpak biasa jer.
Tapi auntie punye pudding nmpk tempting Sgt.tak sabar nak try buat pkai roti yg duduk dlm freeze tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...