Pages

Saturday, July 6, 2013

Genting Highland- Genting View Resort

http://wacanaku2009.blogspot.com/2013/07/percutian-ke-genting-highland-genting.html
Family time at Genting

Alhamdulillah, kami baru balik dari jalan-jalan. Kami ke Genting je pun pada 3-4 Julai 2013. Dah hampir 5 tahun tak kesana, ada la perubahan sikit sebab dah ada Strawberry Farm and Bee Farm.
Kami kesana sebab papa kena ganti bawak kami jalan-jalan, sebabnya sebelum ni papa dah tinggal kami 2 kali ke Langkawi ( tahun ni sahaja dah 3 kali ke langkawi) so malaslah nak ikut papa ke langkawi lagi.Mintak la ganti bawak pegi jalan tempat lain pulak.

Kami menyewa kt Genting View Resort, tempah siap-siap sebab nak dapat harga murah. Dan terpaksa jugak pergi hari weekdays. Pagi-pagi lagi aku dah bangun masak mee goreng, nugget dan sosej untuk bekal kat sana. Kek coklat tinggal buat topping jer. Punyalah semangat nak berholiday. Kalau tak bawak bekal dari rumah memang tak sah rasanya.

Kami bertolak agak lambat, lepas zohor baru bertolak, nasib baik check in pukul 3.Alhamdullah, perjalanan lancar, dalam pukul 2.30pm dah sampai kat apartment dah.Kami makan-makan kejap, pastu terus naik ke Genting Theme Park. Ambik masa 10 minit jugak la dari apartment ke Genting Theme Park tu.

sebelah out door-izz sibuk nak tolak stroller

Masuk jer kat indoor, perasaan lain macam jer. Kalau waktu sebelum kawen dulu, rasa seronok lain macam kalau sampai Genting. Sekarang ni tengok rasa macam lagu najwa latiff tu....KOSONG...KOSONG...KOSONG....nampak semua macam tak best jer.

Kasih sayang time.


Kami dah berkira-kira, nak beli ke tak tiket utk theme park ni, dah la banyak jugak games yang close for renovation.Alang-alang dah sampai papa suruh jugak beli tiket indoor.RM64 untuk dua orang dewasa (RM32 seorang untuk tiket indoor).
handsome boy naik ni duduk kt princess dome tu je..APTB

Lepas naik few rides, berenti sembahyang asar dan magrib skali. Lepas tu kami makan kat Marybrown, punyalah best rasa nasi dan Fish and Chip dia...(lapar+ sejuk punya pasal). Lepas makan, kami balik apartment jer.Izz tido terus, penat sungguh sayang mummy sorang tu.

DAY 2



ada taman Jepun,pakai baju rm5/person

Map Genting attraction

Breakfast makan roti beli kat Apartment Ria semalam. Kalau sape-sape yang pergi ke genting, nak cari barang murah sikit, boleh la pegi ke kedai runcit kt Apartment Ria. Lepas sarapan, tunggu Izz bangun tido.Kami check out dalam pukul 12.30 pm. Terus ke Bee Farm, betul-betul kat jalan keluar dari Genting View Resort tu. Tempat macam menarik tapi harga mahal nak mam.... Baru teringin nak beli madu, sebotol rm120++ utk madu yang sesuai untuk izz makan. Ada jugak tempat untuk masuk ke Bee farm.RM16/person. Kami tak masuk pun sebab kecik jer tempat dia tu. Rasa tak berbaloi.

Madu yang mahal tp sodap.



strawberry farm-genting


Kami terus ke Strawberry Farm, lokasi kat Gohtong Jaya, area belakang Hotel Sri Malaysia. Terasa macam kat Cameron Highland pun ada, tapi kawasan dia lagi luas dari Cameron highland. Sempat la rasa penat jalan-jalan tu. Boleh self pick up strawberry, sayur-sayur dan buah-buah lain.Ada jugak Taman Lavender (RM3/entry).

merah mcm strawberry dah.



Masuk jer waktu petang, hujan dah mula turun. Kami berenti makan kat Mini Cameron jap. Makan chicken Chop and waffle jer. Lepas tu bertolak balik dalam pukul 4.30 petang. Malam nanti papa nak bawak ke Kedai Burger Bakar Abang Burn untuk pelancaran resepi baru. Nanti buat entry lain untuk review ya.

Review Genting View Resort Apartmet

tugu sebelah jalan.


ruang tamu, ada balcony and tv



Kami dapat harga murah sebab beli awal-awal dari MyDeal.com.my. Dapat la harga RM99.00 tapi kena bagi deposit RM100. Normal rate dalam RM300 jugak la.Deposit akan dikembalikan selepas kita email balik keadaan rumah tu lepas kita check out. Maknanya no housekeeping. Kena kemas sendiri.




Bed room.

just sweet area.


Ada 1 bilik tido ( 1 king and 1 single bed), kat dining area ada satu lagi queen saiz katil. Tv siap ada astro, wifi xder. Ada kichen area tapi tak dibenarkan untuk memasak. Ada disediakan microwave ( kotor) dan kettel serta peti ais. Semua berfungsi. Paling bestnya bilik air ada bath tab.Memang idaman kalbu la.he..he...Air panas untuk mandian mesti la ada.



kichen area.

hot shower and bath tub.


Overall, kami berpuas hati dengan apartment ni walaupun kena kemas sendiri(nampak benor pemalasnya) tapi kami xkemas ape sangat pun. Setakat tukar cadar dan sapu sampah. No big deal untuk housekeeping.he..he... Bilik yang kemas dan tak de kes tandas rosak atau ape-ape yang menyakitkan hati. Lokasi pulak agak kedalam dari jalan besar, tapi yang bestnya ada pak guard yang jaga,so ada rasa safety la sikit.

Note: Promosi kat Mydeal.com.my, kalau beli 2 voucher, dapat free 1 voucher apartment kt Melaka.Jadi, kami planning bulan 10 nanti akan round-round melaka pulak. Terima kasih sangat-samgat papa sebab sudi bawak kami jalan-jalan walaupun papa sibuk. We lov you so muuaaah

 Edisi papa boleh tengok sini... ----)

3 comments:

nurbijen said...

kat genting pun dah ada strawberry farm....
nampak sgt dah lama tak ke sana... dah dekat 10 tahun kot, last pergi tahun 2003....

neni izazi said...

Nurbijen: Tu jer la yang berubah kak, yang lain sama jer.Mainan pun xbyk sgt. Akak kt sana lagi best, boleh ke Disneyland terus.

Unknown said...

Tak sangka genting dah ada strawberry farm. Dulu pernah terfikir nape la genting tak buat strawberry farm kan sbb genting pun sejuk mcm cameron. heheh akhirnya ada jugak ye. Selamat berpuasa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...