Pages

Tuesday, January 4, 2011

Pelangiku

Facebook by Neni Izazi on Tuesday, 04 January 2011 at 11:37
 
Pelangiku...Adakah kau berubah?
kulihat indah pelangiku bertukar kelam menjadi bara.Mampukah pelangiku kembali bercahaya? Seperti dulu, setelah ku tahu mahumu..setelah ku bongkar tuju rindumu yang sememangnya bukan padaku...Dan sememangnya akulah yang berhak menikmati indahmu wahai pelangiku.Aku....cuma Aku.

Pelangiku....adakah kau berubah?
Saatku menoleh, memberikan mata hatiku pada keindahanmu, sebentar cuma...tak lama...kau berubah menjadi bara berbisa dalam hidupku...mengoyak segenap anganku untuk menuju syurga....adakah aku yang salah menerima? menoleh pada pelangi yang indahnya bukan padaku semata- mata....

Pelangiku.....mangapakah kau berubah?
dahulu, pelangi indahku dulu mengintaiku dan ku tahu. Warna- warnimu...indahku rasa,terbias keistimewaanmu mencorakkan satu lukisan indah dihati, ku cuba memadamkannya demi menafi sebuah rasa yang datangnya tidak terduga....Dan kerana indahnya pelangiku...aku terima.....terima kamu seadanya dan hanya kamu pelangiku...Cuma KAMU..TIADA YANG KEDUA....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...