Cuti skolah dh habis...hu..hu...budak- budak sedih sbb dh kena start buat homework balik tp Neni cedih plk sbb lain...hu..hu....Xpelah, skrg Neni bukan nk berkongsi pasal hati dan perasaan ni tp nk promote air terjun yang ada kt Kelantan.Negeri tempat tumpah darahku...
Kelantan. |
Air Terjun Jeram Pasu
Jeram Pasu |
Air terjun Jeram Pasu ni paling dekat dgn rumah Neni. Naik keta dalam 10 minit dh sampai. Kalau dari Pasir Puteh kira- kira dalam 8km. Terdapat 3 kolam untuk dewasa dan 1 untuk kanak- kanak.Memang sesuai untuk beriadah bersama keluarga.
bestnya dapat mandi cini. |
Antara kemudahan lain yang terdapat di Jeram Pasu ialah tandas,surau,gerai- gerai makan, tapa perkhemahan dan tangga bagi mereka yang ingin menjelajah kedalam hutan.Teringat waktu sekolah dulu, boleh dikatakan tiap2 minggu g mandi jeram, main gelungsur air ...Best wooOOOOo....
Air Terjun Jeram Linang
Lokasi di daerah Machang. Perjalanan dari Kota Bharu kira- kira dalam 1.30 jam, Pasir Puteh dalam setengah jam jer..sgt laaa dekat. Neni biasa akan ke Jeram Pasu dulu, mandi2 jap pastu gerak ke Jeram Linang. Kat sini air terjunnya lagi best. Kemudahan lebih banyak berbanding dengan Jeram Pasu.Ada chalet untuk bermalam, tempat berBBQ, sewa pelambung, mini zoo, kedai- kedai makan dan yang paling best ada jambatan gantung. Bolehlah main goyang2 kejap...Hekk...hek...hEkkk....
Pintu pagar ditutup pada pukul 6 petang. |
Lupa nak bagitau, kalau kt Jeram Pasu buka 24 jam tp kat Jeram Linang, pengunjung hanya dibenarkan masuk sampai pukul 6 petang sahaja. Lepas tu pintu pagar akan ditutup. Reasonnya ialah bagi mengelakkan maksiat dan perkara yang xdiingini...
Opssss...ada lagi yang paling best kt sini, klu kita mandi or rendam kaki, ada ikan2 kecik datang gigit- gigit kaki.Rasa macam kat Spa jer....Syok woooOOOO....
Lata Berangin
betapa indahnya pemandangan. |
terdapat banyak air terjun mini.. |
keindahan alam ciptaan-Nya. |
Kira- kira 20km dari bandar Kuala Krai. Tak banyak sangat yang Neni nak berkongsi sebab xpenah sampai ke sana lagi..he..he...Klu nak more info, klik link kt atas ya..macam berbaloi je datang cini.
Lata Rek.
tanda arah yang jelas, memudahkan anda ke destinasi. |
pemandangan yang menarik, berbatu- batu tp awas, mungkin agak licin |
memang best mandi manda kat sini. |
Lokasinya berada ditengah- tengah antara Gua Musang dan Kuala Krai. Jeram kat sini berbeza sedikit sebab air terjunnya bertingkat- tingkat.
Gunung Stong.
jauh mata memandang, memang xleh nak main gelunsur ni... |
tour guide memang berpengalaman. |
Amat berbaloi dapat datang ke sini. |
Nak ajak Incik Hubby la nnti..he.he...ya Incik Hubbyku sayang?uwEEEkk.....uWeEk...
Harga chalet tidak termasuk kereta ok.. |
Tp yang xbestnya orang kata kononnya ada hantu...eeeEEEEE.......akott.....
P/s: Gambar dari Incik Google and Web Kelantan.
No comments:
Post a Comment