Pages

Sunday, January 16, 2011

Resepi Kuih Butir Nangka ( kelantan)

Cubaan pertama Neni buat kuih dgn hubby...best, nikmat je makan dari air tangan kami sendiri.
macam-macam bentuk ada..he..he..



Bahan- bahan
  • 1 cawan tepung beras pulut( untuk 2 orang )
  • air
  • sedikit kapur makan( xder pun xpe)
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula/ gula melaka
  • 1 sudu makan halb( boleh ganti dengan halia)
  • garam
  • daun pandan

Cara-cara

  1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....
  2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul...
  5. Dsc00472
    apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....
  8. lebihkan santan kalau nak kuah banyak. 

Warna kuah jadi perang sebab Neni pakai gula melaka.

1 comment:

eamy milea said...

salam..sedapnye kuih butir nako...nyum3x..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...