Pages

Friday, January 28, 2011

aku, sebagai anak, isteri dan ....

cinta yang saling melengkapi


Terpukul dengan satu berita pemergian kawan sekerja dulu Rohayati Ngah,membuatkan aku tersedar bahawa yang hidup ini cuma pinjaman...maknanya harus di pulangkan. hidup hanya sementara, harus dinikmati tapi bagaimanakah cara yang betul? cara yang cukup berbaloi. berbaloi di dunia dan di akhirat.

Untuk mengadap Allah, cukupkah dengan segala bekalan yang aku buat...sebagai anak, sebagai isteri...ya...baru jer kawen tapi aku tahu aku cukup tidak sempurna untuk seorang suami yang terlalu istimewa buatku...cukup ku kata, sempurna di mata dan di hati...tp aku....???

Untuk menjadi sempurna agak mustahil kerana aku cuma manusia...
tetapi untuk mencuba menjadi yang terbaik...akanku usaha....
terbaik untuk agamaku,ibu bapaku, suamiku serta bakal anak- anakku...
tu dia matlamat aku, dari tahun lepas lagi....
tp kadang-kadang terlalai jgk..terbawa-bawa dengan perangai lama...
dan selagi aku bergelar manusia biasa....

kepada ummi dan abah, anakmu ini sedaya upaya 
mengukir semula senyuman di wajahmu seperti dulu,
keperitan terpendam,luka terhiris akanku rawat tanpa meninggalkan parut...
doa ku kirim tidak kurang 5 kali sehari sebagai bekal hari tuamu..

kepada Ummi, 
walaupun bukan lagi menjadi diari hidup Neni, 
Ummi tetap menjadi teman terbaik...
sampai mati..

kepada Abah,
teman lelaki terbaik yang pernah ku jumpa...
bercakap menggunakan akal, bersandarkan hadis.
membuatkan aku terasa normal dan tenang...
tenang dalam menempuh hidup,walaupun bukan lagi menjadi mesin ATMku,
abah tetap menjadi lelaki terakhir 
selepas suamiku...he..he..

Dalam umur yang bersisa ni....aku cuma nak hidup yang lebih berkualiti, 
memori yang cukup indah untuk di cipta dan dilayari bersama dengan suamiku....
cuba menjadi yang terbaik untuknya...
tidak sempurna tetapi cukuplah sekadar aku sendiri yang rasa yang aku berubah....
sekurang- kurangnya aku mencuba...untuk berubah...
dan aku boleh rasa dan nilai yang aku betul2 dah berubah....
walaupun sedikit.

Kepada suamiku, cinta matiku...terimalah aku seadanya kerana aku sendiri tidak menerima aku...jadi wujudkan aku dalam memori cinta kita...supaya kita sama- sama berjalan, menuju syurga dunia dan akhirat.

erm: ala-ala wasiat la pulak...

2 comments:

aku... said...

bie.....sama2 la kita berusaha untuk mencari keredhaanNya walau ape gelaran dan tanggungjawab yang kita galas sekalipun...chaiyok2!!

neni izazi said...

tu la...semakin meningkat usia, makin byk kena fikir, makin byk tanggungjawab kena pikul..tp, anggap jer semua tu nikmat kehidupan...insyaallah, semua akan ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...