Sumber dari: 
Wikipedia
Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi 
kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki 
glutathione  sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan  daya tahan tubuh (immune) yang dapat 
memerangi pelbagai penyakit  merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan  bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang  dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai  mampu menghalang proses penuaan dan 
mencegah terjadinya penyakit  degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut 
mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu  memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan  oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang  diproses dari ikan bilis  yang diperam terbukti mampu 
mengatasi masalah kanak-kanak yang  menderita penyakit diarrhoea kronik  akibat kurang zat pada tubuh. Dengan  pengambilan budu sebagai makanan  sampingan, ia mampu menggalakkan  pertumbuhan berat badan bagi golongan  yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta 
menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Hidangan budu bersama nasi kerabu
Ia juga dapat 
mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,  kerana ia 
merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di  antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.  Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria  raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah  kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 
2 kelompok  vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B  kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan 
sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain  seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat,  asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara  saintifik, budu merupakan
 penyumbang utama vitamin B12 yang  dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin -  yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan  laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12  ini perlu  untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman  ini  mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit  perut  dan berat badan menurun.
Kadar  vitamin B12  dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per  100 gram  bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. 
Jumlah ini jauh lebih cukup  untuk keperluan badan manusia dalam sehari.  Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu  lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain  pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi  mineral  makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat  besi,  kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg  bagi  setiap 100 gram budu. Budu juga 
mengandungi zat antioksidan dalam  bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid,
 isoflavon juga merupakan antioksidan  yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan  radikal bebas.  Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai  satu atau  lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi  sangat aktif  hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan  kematian sel.  Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang  dimakan dan  juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya  antioksidan di  dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas  tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. 
  Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan   faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat   antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di 
Universiti  North Carolina, Amerika Syarikat  menemukan bahawa unsur genestein dan  phytoestrogen yang terdapat pada  budu terbukti dapat mencegah penyakit  kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit  jantung koroner  (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh  darah koroner  akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah  iaitu satu  keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan  oleh faktor  usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor  dimodifikasi  adalah peningkatan kadar lipida darah  (hiperkolestrolemia), hipertensi,  obesiti, stress dan kurang aktiviti  lasak.
 Pemakanan budu yang mempunyai  sifat hipokolesterolemik  (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan,  niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.  Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati 
pengambilan budu  sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol  ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai 
sumber serat (dietary fiber)  yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8  hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia 
menyumbangkan kepada 30% dari jumlah  serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding  serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat  pada budu  lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana  oleh  bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat   serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi,   tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. 
Budu seumpama  cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh  badan.