Pages

Saturday, July 20, 2013

Iftar Sponsored By KENNY ROGERS ROASTERS


KRR- THE MINES

Rabu, 17 Julai 2013 ( macam nak tulis berita pulak).Kami dapat iftar free lagi. Kali ni special sikit sebabnya Kenny Rogers ROASTERS Malaysia yang sponsor. Alhamdulillah, murah rezeki kami sekeluarga. Mesti pelikkan? Kenapalah Atuk Kenny tu nak sponsor kami pulak, macamlah daku ni artis..he..he...

Sebenarnya Mami join contest kat Fb
Kenny Rogers ROASTERS Malaysia. (sila klik Like) Contest untuk dialog simple jer. Alang- alang join tu Mami pun paksa la Papa join sama. Caranya kena kumpul vote untuk dialog kita buat. Ingatkan dah takde harapan nak menang dah sebab memang susah nak mintak tolong orang( kawan)  untuk vote ni. Lagi satu, masa dah nak sampai ke due date, macam ramai la pulak yang join dan vote naik mendadak.

Contest yang dijoin.



Erm...kata hati ni macam pelik jer sebab cepatnya diorang dapat vote. (guna autolike/ something ler tu). Memang takde harapan nak menang la. Hari-hari last Mami dah malas nak promote dah sebab memang takder harapan untuk menang...hu..hu...

Dipendekan cerita, Papa check email dan dapat email dari KRR yang Papa menang. Pelik bin ajaib bin mustahil. Macammna Papa boleh menang sedangkan vote papa hampir kurang separuh dari vote Mami. Mami pun cuba la check email ( yang tak pernah dibuka pun sebelum ni). Yahoooo...alhamdulillah, memang jugak. Nasib baik tempoh reply tu sampai petang, masih sempat untuk reply untuk bagi detail...Terima kasih Allah..








Kami dapat 2 set

Setiap pemenang akan mendapat 2 meal vouchers dan 2 side dish.Maknyanya kami dapat 8 voucher. Dapat la 2 kali berbuka puasa kt KRR. Jumlah voucher RM100. Alhamdulillah, rezeki tuhan nak bagi di bulan yang mulia ni.

Terima kasih Allah atas rezeki yang kurniakan. Jadikan kami hamba yang selalu bersyukur dan sentiasa terasa terlebih dalam menikmati nikmatMu ini sehingga kami dengan seikhlas hati berkongsi sedikit kenikmatan dengan yang lain pula nanti.

3 comments:

nurbijen said...

wah, tahniah... rezeki berbuka dua kali pulak tu.... best best... murah rezeki mama dan papa :)

neni izazi said...

Alhamdulillah, rezeki bulan puasa kak nur...:-)

Unknown said...

Alhamdulillah....rezeki tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...