Pages

Wednesday, January 8, 2014

Izz Bercerai Susu- Hari Pertama




Saat menulis entry ni Izz tertido atas car seat sebelah mami.Tanpa menyusu.

Hari tu dah Mami dah berniat nak ceraikan susu Izz tapi seperti kebanyakan ibu lain yang fully breastfeeding anak kecil mereka, niat hanya menjadi terkubur tatkala mendengar rengetan dan tangisan si anak. Tetapi kali ni Mami nekad dalam terpaksa.

Kisah bermula bila Izz start tak sihat, termasuk hari ni, sudah 6 hari Izz muntah-muntah sebaik sahaja menelan makanan.Hampir semua makanan yang masuk ke dalam tekak Izz akan keluar serta merta.Rasanya tak sempat sampai ke perut pun.Siasat punya siasat melalui kawan-kawan dan Encik Google, rupanya Izz terkena Winter Vomiting Bug. Penyakit lazim kat negara UK yang sejuk ni. Ape yang paling merisaukan adalah penyakit ni tidak mempunyai ubat khusus. Akan sembuh dengan sendiri bila badan dah mengeluarkan imun.

Setelah 5 hari Izz terkena winter bug, kami ambil keputusan untuk bawa ke GP Cranfield University ( mcm Klinik kesihatan). Seperti dijangka, tiada ubat diberikan cuma dia bagi tabung untuk ambil sample najis Izz kalau muntah berlarutan dalam masa seminggu lagi.

Alang-alang dah jumpa GP, mami pun tunjukkan skali puting mami yang melecet digigit Izz. Dah masuk 4 hari dah. Asalnya cuma melecet pastu menjadi semakin merebak. Sakit, seperti ulser sebesar  biji lada hitam. Sakit Allah saja yang tahu.Doc tengok pun mcm seriau jer, macam pernah rasa jer.he..he...Doc menyarankan mami stop Bf untuk menyembuhkan luka, kalau teruskan BF luka akan menjadi bertambah besar. Maka bermulalah kisah kami berendam air mata.


Jadual harian seperti biasa, cuma bila dah start nak masuk tido. Papa melayan Izz main sampai mami lari masuk ke bilik sebelah. Pada pukul 1.30 am,Izz dah start merengek dan berterusan menangis mencari mami. Mami tabahkan hati, borak-borak dengan Untie Hana dan melayan facebook.Sebolehnya tidak mahu mendengar tangisan anak kecilku. Bercucuran air mata menahan rasa. Risaukan Izz dan risaukan kemampuan papa untuk melayan Izz.Maklumlah, ini kali pertama kami tido berasingan dan kali pertama papa tidurkan Izz.Alhamdulillah, tangisan terhenti dan tidurlah anakku dalam esakan.Tak mahu minum susu pun. (T_T).

4.30am (+-)
Seperti yang dijangka, lagi skali Izz menangis. Hari-hari sebelumnya waktu macamni Izz terbiasa bangun termuntah.Tapi malam ni Izz tak muntah tapi sekadar menagis, mencari puting untuk dinyonyot seperti kebiasaanya.Runtuh hati, sayup-sayup terdengar Ami....Ami...Ami...wa, skali lagi hati mami meronta untuk masuk ke bilik tp mami tekadkan hati.Alang-alang dah jadi macamni, kami kena kuat.Kami kena teruskan.Papa walaupun penat tapi sanggup tidak tidur.Risaukan tidur tak sedar Izz kalau-kalau termuntah nanti.

Kali ni papa suakan botol susu, Izz minum sedikit.Sekadar menghilangkan dahaga.Izz tertido lagi dalam esakan. Mami sedikitpun tak lena nak tidur.Susu badan dah membengkak, terpaksa mermaid sebab yakin hari ni memang takkan menyusukan Izz.

7am(+-)

Sekali lagi Izz tersedar, tangisan kali ni agak kuat. Memanggil-manggil Ami...ami..Alhamdulillah, papa boleh handle Izz. Lega hati mami tapi tak mampu untuk lelapkan mata dah.Breast semakin membengkak dan mula berbisa.Risau kot-kot nanti terkena demam urat pulak nanti. Sambung mermaid kat depan pintu bilik kami. Alhamdulillah Izz tido.Papa pun dah nampak penat sangat,kesian papa tapi kami tiada pilihan.

9-10 am
Waktu macam ni biasa Izz dah bangun tido, bila terdengar je Izz menangis. Mami masuk kebilik, rindunya Allah jer yang tahu padahal kami bilik sebelah jer.Izz macam biasa terus nak menyusu, cepat-cepat mami letak chocolate chip atas dada.Terus geli tapi beralih ke breast sebelah kanan. Hisap la dua kali. Terus tak nak sebab Masyam...he..he...mami suakan freash milk jer tapi Izz nak minum dalam penutup dia jer.Oklah, asal masuk air dalam tekak dia.

Begitulah catatan rambang sedikit sebanyak pengalaman kami untuk bercerai susu hari pertama. Pada awalnya memang mami tak menaruh keyakinan pun pada papa.Seakan mustahil papa boleh handle tapi rupanya mami silap dalam menilai papa.Ternyata antara papa terselit sebuah kesabaran dan belas kasihan pada anak kecilnya.Cekalnya papa dalam menjaga dan memujuk tangisan Izz.Paling menakjubkan sekali papa dapat tidurkan Izz. Terima kasih sangat-sangat papa atas segalanya..Ternyata Abang layak dan mampu.

Berkaitan dengan nipple mami, Izz tergigit masa tido dan menjadi semakin merebak akibat tergesel dengan gigi. Luka menjadi semakin besar dan bernanah, sekitar breast menjadi merah dan sakit sangat-sangat dan menjadi mastitis.Izz pulak jenis nak puting kt mulut 24jam time tido. Lepas semalaman tak beri susu kat Izz, luka cepat mengering dan seakan mahu berkudis.Alhamdulillah, cepat betul tapi mesti mengambil masa dalam seminggu untuk ganti kulit baru.

Terima kasih juga pada kawan-kawan yang memberi kata-kata semangat dan berkongsi tips.

3 comments:

Bilal157 said...

imut kak anak anda
hehehehe




https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT


nayfatimahrasyid said...

semoga bertabah lah hati yek ... walaupon x sampai hati tengok ;)

mazlina said...

assalamualaikum org jauh di perantauan..semoga sihat hendaknya..hehe..ak jupo blog mu la bah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...