Pages

Monday, January 31, 2011

Suai kenal BLOGGER BARU : Edisi Februari ..


join segmen Abg Ben lagi..kali ni untuk blogger baru...tahap kebaruan tu bergantung pada diri anda sendiri la ya.....syarat- syarat nak join segmen ni macam biasa la...


  1. Sila letak header BEN ASHAARI BLOG 
    • siap...
  2. Tajuk : ikut yang atas tu dan linkkan ke entri ini ... 
    • seperti dimahukan...siap..
  3. Beri pendapat anda mengenai laman web ini : WWW.1TUBE.MY
    • wow...sgt menarik...Malaysia mampu mempunyai medium perantaraan sendiri.Malaysia membuat kemajuan yang dari pelbagai sudut. 1TUBE.MY mampu menggantikan laman web yang sedia. Rakyat boleh menjadikan 1TUBE.MY sebagai medan menyatupadukan semua kaum di Malaysia...menjadi 1Malaysia....
  4. Berikan pendapat anda : DUNIA BLOG DI MALAYSIA SEMAKIN MENARIK KERANA .... tidak kurang dari 100 patah perkataan ..
    • Abg Ben xletak syarat untuk ayat skema ke mcmne ke...so, Neni nk buat dalam bentuk cerita la mcmne Neni berubah pendapat pasal dunia blog ni.
    • Alasan paling utama Neni main blog ni sebab disyorkan oleh suami tercinta, sayang punya pasal, Neni sign up la untuk join dunia blog ni...start dengan entry pertama pasal berkongsi maklumat jer.tapi ok la...he..he...
    • lepas buat beberapa entry dan meninjau blog2 kawan, rasa macam tertarik pulak...
    • dengan berblog, kita boleh berkongsi maklumat, pendapat dan pengalaman...boleh jugak berkongsi perasaan.
    • blog jugak boleh menggantikan diari style lama...sebab tu nama blog Neni ni 1001 diariku..macam-macam Neni nk tulis kt sini..nak berkongsi sama-sama.Dari perasaan, pengatahuan,ape yang Neni nak tahu macam hukum- hakam..Neni kongsi sama-sama dalam blog jugak.sama-sama dapat maklumat..
    • dan yang semakin menarik pasal dunia blog ni ialah, kita boleh menambah kenalan, majoriti follower Neni dari mereka yang tak dikenali tapi kami boleh bermesra dan memberi pendapat...mcm dah lama kenal..
    • so, dunia blog ni makin menarik la pada mata Neni...
 Tu pendapat Neni la, ape pendapat anda pula? join sama-sama ya..

Saturday, January 29, 2011

GIVE AWAY...YAHOO..


yahoo.....
kembang sebelah lubang idung,
dapat give away...
dapat adiah la kiranya...
xpayah join contest, xpayah folo-folo, ..
 xpayah buat ape2 pun tapi dapat adiah jugak,
kiranya memang bertuahlah Neni dapat GA ni...

sebenarnya Neni dapat give away ni dari Incik Suami yang 
paling hecum dalam dunia ni...tetiba jer dia bagi adiah
erm...Neni kira mcm give away la ya...
kemaruk nak menang adiah...
he..he...thanks Kanda.....
love u so mmmuuuaaahh....muuaahh....

Neni dapat jubah....
erm, tapi jubah mcm mak- mak je la..
mcm Mak Datin....cantik ooooo..
jubah pertama untuk koleksi Neni...
xsabar nak tunggu jubah yang ke-2,3,4,5,~1000000...
he..he...ngada-ngada..


Friday, January 28, 2011

aku, sebagai anak, isteri dan ....

cinta yang saling melengkapi


Terpukul dengan satu berita pemergian kawan sekerja dulu Rohayati Ngah,membuatkan aku tersedar bahawa yang hidup ini cuma pinjaman...maknanya harus di pulangkan. hidup hanya sementara, harus dinikmati tapi bagaimanakah cara yang betul? cara yang cukup berbaloi. berbaloi di dunia dan di akhirat.

Untuk mengadap Allah, cukupkah dengan segala bekalan yang aku buat...sebagai anak, sebagai isteri...ya...baru jer kawen tapi aku tahu aku cukup tidak sempurna untuk seorang suami yang terlalu istimewa buatku...cukup ku kata, sempurna di mata dan di hati...tp aku....???

Untuk menjadi sempurna agak mustahil kerana aku cuma manusia...
tetapi untuk mencuba menjadi yang terbaik...akanku usaha....
terbaik untuk agamaku,ibu bapaku, suamiku serta bakal anak- anakku...
tu dia matlamat aku, dari tahun lepas lagi....
tp kadang-kadang terlalai jgk..terbawa-bawa dengan perangai lama...
dan selagi aku bergelar manusia biasa....

kepada ummi dan abah, anakmu ini sedaya upaya 
mengukir semula senyuman di wajahmu seperti dulu,
keperitan terpendam,luka terhiris akanku rawat tanpa meninggalkan parut...
doa ku kirim tidak kurang 5 kali sehari sebagai bekal hari tuamu..

kepada Ummi, 
walaupun bukan lagi menjadi diari hidup Neni, 
Ummi tetap menjadi teman terbaik...
sampai mati..

kepada Abah,
teman lelaki terbaik yang pernah ku jumpa...
bercakap menggunakan akal, bersandarkan hadis.
membuatkan aku terasa normal dan tenang...
tenang dalam menempuh hidup,walaupun bukan lagi menjadi mesin ATMku,
abah tetap menjadi lelaki terakhir 
selepas suamiku...he..he..

Dalam umur yang bersisa ni....aku cuma nak hidup yang lebih berkualiti, 
memori yang cukup indah untuk di cipta dan dilayari bersama dengan suamiku....
cuba menjadi yang terbaik untuknya...
tidak sempurna tetapi cukuplah sekadar aku sendiri yang rasa yang aku berubah....
sekurang- kurangnya aku mencuba...untuk berubah...
dan aku boleh rasa dan nilai yang aku betul2 dah berubah....
walaupun sedikit.

Kepada suamiku, cinta matiku...terimalah aku seadanya kerana aku sendiri tidak menerima aku...jadi wujudkan aku dalam memori cinta kita...supaya kita sama- sama berjalan, menuju syurga dunia dan akhirat.

erm: ala-ala wasiat la pulak...

Thursday, January 27, 2011

Al-Fatihah

Rohayati Ngah, 
bekas teman sekerjaku di SMK Seremban 2,
orangnya ceria dan baik hati. 
Meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 27 Jan 2011 dalam perjalanan dari Seremban ke Terengganu. 
Kereta arwah telah masuk ke laluan bertentangan selepas mengelak
dari lembu. Lori langgar dari depan dan kereta waja langgar
dari belakang. Sesiapa pun boleh agak yang keadaan memang teruk.

Arwah pulang ke Terengganu kerana ingin menziarahi bondanya yang sakit tenat.
Suami dan anak arwah masih dalam keadaan kritikal, 
Semoga kita semua dapat mendoakan keselamatan suami dan anak arwah serta menyedekahkan Al- fatihah kepada arwah. 
walaupun anda semua tidak mengenali arwah, 
tetapi sebagai sesama islam....
kita tetap bersaudara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...