Pages

Thursday, September 26, 2019

Susu Ensure atau Enercal.

PESAKIT KANSER (PESAKIT KRONIK) JANGAN TAKUT MINUM SUSU:
SUSU ENSURE?  NUTRENT OPTIMUM? PROSURE? atau  ENERCAL?

Sy ingin kongsikan catatan Pn Dahlia  Leya Mohd  seorang Pakar Pemakanan dr HSNI yg dikongsikan dlm FB CANCER SURVIVORS (MSIA):

1.  APA BEZA SUSU ENSURE DENGAN ENERCAL?
`Susu ENSURE is complete balanced nutrient. manakala susu Enercal pulak semi complete.
Untuk tiub feeding (pesakit hanya minum susu), pihak Dietician sarankan utk minum susu Ensure.
manakala untuk suplemen boleh ambil susu Enercal.

Beza rasa (Taste?)
Ramai yang mengatakan susu Enercal lebih sedap rasanya dan harganya memang murah sedikit jika  dibandingkan dengan susu ENSURE.

2. PROSURE sesuai untuk pesakit Kanser?
Dlm Prosure ada EPA dan omega 3 fatty acid dari minyak ikan. Fungsinya utk normalkan sesetengah proses metabolisme badan yg menyebabkan badan kita hilang Berat.

Ianya juga membantu mengurangkan keradangan sel kanser tu. 
Maximum consumption utk susu Prosure hanya 18 scoop shj sehari.
Kalau perlu lebih dari 18 scoop Prosure, kita sarankan tambah susu  formula lain. Seperti ENSURE - NUTRENT OPTIMUM atau OPTIMAX.

Kenapa 18 scoop shj sehari utk PROSURE?
Sebab  kandungi EPA 2.2 gram  sehari cukup utk menjalankan fungsinya.

3. NUTRENT OPTIMUM: (sama bagus dengan ENSURE dengan tambahan Probiotics dan prebiotics)
contains probiotics, prebiotics, high quality whey protein, essential vitamins and minerals, and a heart-friendly fat blend.
It is lactose-free and gluten-free.
Sangat bagus kepada pesakit yg mempunyai elergi kepada Lactose. Kandungan Probiotics/prebiotics memudahkan proses pencernaan.

4. Pesakit digalakkan minum  JEVITY  or NUTRENT  fibre . Keduanya ada fibre dan memudahkan penghadaman.

Tetapi yang paling penting adalah .. perlu untuk pesakit Kanser atau pesakit Kronik Minum Susu walau apa pon Jenama yg dibeli
`as long as ambil susu pun kira ok dah'

5. Dialisis atau Pesaki Buah Pinggang:

Anda boleh beli NEPRO  (dlm botol) atau novasource renal (pack). Tapi lebih baik jumpa dietitian untuk lebih tepat pengiraan jumlah pengambilan sehari

❤❤❤❤❤❤❤❤
Pengalaman Peribadi:
saya minum susu sehari 4 kali (ENERCAL) sewaktu saya menjalani rawatan radioterapi dan sepanjang saya melalui proses rawatan dan penyembuhan selepas pembedahan untuk kanser endometrium (2012)

mode: jangan takut minum Susu ... Susu tidak menyebabkan Sel Kanser menjadi Agresif dan Aktif.

Hjh Zuraini Kamal
Founder Cancer Survivors Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...