Alang-alang dah sampai ke Shah Alam, pujuk papanda ke Taman Pertanian Shah Alam atau Taman Pertanian Bukit Cerakah tu. Papanda demam sebenarnya tapi sudi jugak nak pegi sana...hureeeyy.....
Jarak dari IPK tu dalam 5 minit jer, memang dekat je la. Sampai sana, mcm biasa parking kat luar-FREE. Rupanya dah tukar nama lagi sekali. Sekarang dah jadi Taman Botani Negara Shah Alam. Tiket masuk sebanyak RM3 sahaja untuk dewasa dan kanak- kanak RM1 sahaja. Kami bertiga kena RM6 untuk tiket masuk sebab Izz masuk free.
Kat kaunter tu dia ada jual tiket untuk taman 4 musim skali. Harga sama jugak, RM3/person.Sama macam dulu-dulu jugak, ingatkan harga minyak dah naik, harga tiket pun naik skali. Rupanya hampa..ha.ha...Tapi, memang niat nak masuk sana pun, nak merasa autum la katakan..he...he...Darat.
Lepas bagi tiket masuk, terus pegi kt tempat tunggu bas, naik la kami bas takde tingkap tu. Syok rasa angin, Izz pun layan jer. Nasib baik tak takut macam kat MARDI Langkawi dulu. Ada jugak tempat menyewa basikal, tapi sebab si maminda terlebih ayu, batalkan jer la hasrat tu, tppppp.....harapan masih tak terkubur, rasa teringin sangat nak naik basikal yang ada seat untuk kanak-kanak tu. Insya allah, lain kali. :-P
Sepanjang
Bas berhanti kat Taman 4 musim, sekarang musin luruh, rasa nyaman dan sejuk jer.(
Lepas tu kami nak bas lagi dan singgah kt Zoo . Tengah di baikpulih jgk. ada ladang rusa besar, burung-burung dan burung-burung lagi. Banyak jugak la haiwan lain tapi kami tak sempat nak buat lawatan mesra dengan semua penghuni zoo pun sebab masa tu routine bas dan nak habis dah. Kalau tunggu jugak kena balik jalan kangki...
Maka, habislah waktu lawatan sambil belajar kami ke Taman Botani tu. Izz pengsan terus lepas naik keta.Ingat nak singgah jamu ikan kat Taman Tasik Shah Alam tapi cancel sebab dah lewat dan Izz dah tido.
p/s: banyak entry yang masih berhutang ni. Ada yang dalam draf dan ada yang sekadar dalam ingtan lagi.Apepun, hutang tetap hutang.Kena langsaikan jugak. :-)
1 comment:
Neni
Laaa wujud lagi taman botani ni. Hehehe sepanjang farah kat uitm shah alam x pnh sekali pergi padahal dekat je ngan umah sewa
Post a Comment