Sushi king bonanza datang lagi. Mamimu memang tunggu time bonanza dan any promotion je baru berkobar-kobar nak pergi. Kena bajet la sebab anak ramai.
Bonanza kali ni start pada 22-25 julai 2019. Hari minggu sahaja. Jadi masa agak terhad sebab kena tunggu papanda dan izz balik dulu baru boleh pegi.
Kelainan kali ni cuma syaratnya kena ada apps sushi king,kena download dan daftar siap-siap. Free sahaja.Maksimum 1 apps hanya untuk 3 orang tapi syarat tu xketat sangat kot. Bayar nanti dapat point untuk kumpul dalam apps nanti.
Sebenarnya kami pun baru start menziarahi balik je sushi king selepas dapat sijil halal Jakim. Biasa buat sendiri je kat rumah.hehe...
Thursday, July 25, 2019
Friday, February 9, 2018
Binatang Serangga Masuk Telinga
Salah satu mimpi ngeri jika ada serangga seperti semut,lipas,kutu dan serangga-serangga kecil masuk kedalam telinga.
Masalah lebih besar jika serangga itu masuk kedalam telinga anak kecil. Lagi kesian kalau masuk kedalam telinga anak yang masih bayi.
Antara tanda-tanda ada serangga dalam telinga bayi adalah :
-menangis sambil memejam mata
-menggosok-gosok telinga
-mengorek-ngorek telinga dengan jari
-tidak keruan dan nampak tidak selesa
Antara cara atau petua untuk mengeluarkan serangga dalam telinga ialah
-guna lampu picit,serangga cari cahaya (saranan doc jg)
-letak air dalam telinga
-tutup mulut,hidung dan sebelah telinga yg tiada serangga
-letak air liur sekitar luar telinga
-guna kapur makan
-letak minyak berangin sekitar telinga
-untuk serangga yang besar seperti lipas,boleh gunakan penyepit
-guna vacum- cara ini sangat berisiko dan bahaya kerana boleh merosakkan gegendang telinga. Gunakan power yang perlahan dan jangan dihalakan terus ke dalam lubang telinga.
Apepuan petua yang anda perolehi,silalah pertimbangkan dulu mengikut kesesuaian keadaan.Langkah yang baik dan selamat adalah berjumpa dengan doktor.
Labels: iLmu islam
binatang,
cara-cara,
masuk telinga,
petua,
serangga
Monday, January 8, 2018
2018
Dah lama niat nk sambung balik menulis..Sumpah,habis lupa segala cara nak mengarang atau menulis. Takpe,ansur-ansur kita gilap balik.Setakat ni kita rojak je bahasa asal sampai maksud.
Tahun 2018 setakat ni agak kelam kabut dengan persekolahan izz.Kalau tahun lepas izz belajar di sekolah Pasti ada van yang datang ambil dan hantar ke rumah tp tahun ni Izz dapat masuk Pra sekolah,takde pulak bas yang masuk ke perumahan kami.
Jalan terakhir terjumpa parents budak pra jugak yang sanggup bekerjasama. Pagi Ahsan hantar dan jemput skali anak dia dan balik sekolah Izz tumpang orang tu datang hantar rumah.Alhamdulillah Allah bagi jalan juga walaupun bukan seperti yang dipinta.
Rancangan tahun ni tak berapa jelas atau kabur menanti kelam terus kehitam agaknya. Niat nak habiskan lesen kereta,sennag dapat hantar anak ke sekolah.Mungkin mencari peluang untuk tambahkan pendapatan tetapi masih buntu bidang mana nak dituju.
Labels: iLmu islam
catatan,
diAriku,
ibu anak 3,
kisah anak-anak
Thursday, January 1, 2015
Selamat tinggal 2014
2014, tahun paling lama pernah aku hadap. Jenuh aku memujuk hati, menidakkan rasa tapi aku tidak boleh lari dari kenyataan. Pahit manis terpaksa aku telan. Bertemankan si teruna, aku kuatkan semangat menghabiskan detik yang kuhitung seperti bergerak ke belakang. Penat, setahun menelan derita rindu, derita jiwa yang nyata hanya aku yang rasa. Rindu pada nasi bungkus,ABC dan rindu pada umi dan abah. Cinta matiku.
Setengah masa aku bergelap, terlindung oleh bayangan hitam yang nyata aku sendiri cuba selindungkan. Setengah masa aku bangkit, mengheret duka menuju janji bahagia. Manakan mungkin aku gembira jika jauh dari orang tua. Rindu pada damainya jiwa saat boleh meluah rasa, riuhnya umi dengan segala agenda, rindu pada tenangnya abah melenturkan jiwa. Menyedarkan diri agar kembali pada sempurnanya agama. Memperkenalkan aku pada sebuah rasa "redha" yang hakikatnya tidak aku terima secara batinnya.
Dan 2014 juga aku bertekad,tiada lagi terkhilaf untuk sekian kalinya. Jika ada berlaku cela, jika dan hanya jika kita sendiri yang memilihnya. Bahagia, jika kami yang cipta. Mana mungkin kita menjadi sempurna tetapi cukuplah jika tidak menjadi semakin tua semakin hina.
Cukuplah derita dunia, malapetaka yang berlaku tanda Allah masih sayangkan kita. Allah menegur tanda masih ada jalan untuk ke syurga.
Semoga tahun 2015 berdiarikan sejuta kisah gembira. Lahirnya sebuah cinta baru dalam hidupku. Pelengkap kehidupan, penyambung bahagia.
Subscribe to:
Posts (Atom)


