![]() |
| Puding roti siap dikukus |
Google 2-3 resepi untuk buat puding roti ni, cara nak buat puding roti kebanyakan sama jer cuma untuk buat sos tu ada 2 jenis, satu letak kastard, satu lagi guna susu segar. Kami guna susu segar sebab papanda yang request nak yang sos guna susu.
![]() |
| Bahan-bahan puding roti |
10 keping roti (potong 4/carik2)
1 tin susu cair (375 mL)
3 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis/ cip coklat
CARA-CARA
1. Sapu butter / majerin pada roti. Sapu sebelah sahaja.Susun dalam loyang. Boleh selang selikan tiap-tiap lapisan dengan kismis/cip coklat
2. Masukkan telur, gula ,esen vanila. Kacau. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sehingga sekata.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti ( jangan tekan-tekan roti, takut mampat, tak gebu nanti).
4. Kukus dengan api sederhana 20-30 minit. ( nak bakar pun boleh)
5. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk rasa yang mabeles.
BAHAN SOS SUSU
500 ml susu full cream
1/2 tin susu krimer
2 biji kuning telur
Esen vanilla - 1 sudu kecil
Gula
BAHAN-BAHAN SOS KASTARD
1 TIN susu cair
1/4 tin air ( guna tin susu tadi)
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula
CARA-CARA
1. Panaskan susu dengan api sederhana. Masukkan esen vanila.
2. Pukul kuning telur sampai lembik ( read: kembang)
3. Masukan kuning telur, teruskan mengacau untuk elak telur kuning bergentel.
2. Pukul kuning telur sampai lembik ( read: kembang)
3. Masukan kuning telur, teruskan mengacau untuk elak telur kuning bergentel.
4. Tambahkan gula mengikut tahap kencing manis yang anda inginkan.
5. Sedia untuk disantap.:-)
5. Sedia untuk disantap.:-)
![]() |
| puding roti siap sos |








