Pages

Showing posts with label Jom jalan- jalan.. Show all posts
Showing posts with label Jom jalan- jalan.. Show all posts

Friday, December 21, 2012

GOLD COAST MORIB


Entry dah lama siap tapi baru nak publish.:-)

Hubby ada kursus kat Gold Coast Morib, alang-alang tarikh 16-18 September bersempena dengan ulangtahun ke-2 perkahwinan kami, Abg bawak kami join skali.Jimat la yoo cost untuk honeymoon...ha..ha...
Gold Coast Morib

Entry ni untuk review pasal tempat ni, kira-kira rate dalam Rm400/night jugak kot masa Abg check, tp Abg dapat pegi free jer dan aku kena tambah RM200++ untuk 3D2N.Kalau nak dapat harga murah kat Groupon rasanya boleh dapat dalam Rm199 bila ada promosi.


peta ke Gold Coast Morib
Mati-mati aku ingat Morib tu kat Johor...ha..ha...rupanya kat area Selangor ni jugak jer. Jarak dari Serdang ke Morib dalam 30-45 minit jer.

Ni la bilik kami, kami dapat studio room,queen size bed, paling best katil siap ada palang lagi. Mula la datang angan-angan nak gantung buai Izz kat palang tu tapi bila dah check2, agak tak kukuh la plk..hurm....
lagi cantik klu tiang tu ada kain melilit..



Tv ada tapi astro xder, agak pelik la pulak klu tido hotel xder astro ni...he..he...kipas dan aircond ada jer tapi yang xbestnya betul-betul kena kat katil.tahu-tahu la klu ada anak kecik ni, sejuk sikit mula la hidung tersumbat.
katil betul-betul depan tv.


Siap-siap check bilik, ape yang ada lagi ya...he...he...mini peti sejuk ada, hair dryer pun ada. Kettle dan tea set ada jugak disediakan seperti biasa.

peti sejuk mini, hair dryer, kettle dan set untuk buat tea.


Banyak jugak la set toiletries yang dibagi, sampai berderet ha...kat tab ada letak 2 botol sabun lagi.Kami rembat 2 set untuk 2 malam stay sana. Untungnya, housekeeping tak payah-payah nak bersih bilik sebab kat depan tv tu letak toto dari rumah untuk Izz meligan.
Gold Coast Morib- toiletries bersusun minta dibawa pulang..:-)


Paling best bila masuk bilik air, siap ada jakuzi lagi.Dah angan-angan nak buat parti buih ni...ha..ha...mula-mula masuk agak jakun la sebab xreti nak main-main dengan segala butang kat jakuzi.Lepas Hubby dah boleh gerakkancbutang kat tub tu, rasa air berombak tu, dengan bunyi lagi rasa nak pening pulak tp Izz bukan main lagi nk tangkap buih-buih tu...waterholic sungguh..

Gold Coast Morib- jakuzi( yang kunung tu duck izz tau, bukan taaa itt....

Tempat makan pulak antara pool dan pantai, open air. Makanan disediakan 5 kali sehari,kiranya xsempat nak lapar dah terpaksa makan lagi...terpasksa la sangat ya..he..he..Paling best masa breakfast kot , untuk lunch dan dinner tu ok jer la. Tak sempat nak menikmati sangat sebab Izz ni kena jaga ikut giliran dengan papanya, so makan cepat-cepat jer la.

Gold Coast Morib- tempat makan sebelah pool

Gold Coast Morib- dari depan stage.

Gold Coast Morib- sebelah sana tu laut.

Komen keseluruhan tempat ni memang best la, tambahan lagi kalau ada anak-anak sebab tarikan utama kat sini kolam dan pantai.Ape yang xbestnya toilet rosak, xleh nak pam tp pekeja kat sana bagus sangat-sangat sebab lepas jer report toilet rosak, terus datang repair.Tunggu Izz besar dalam 3-4 tahun ingat nak datang lagi la klu ada rezeki.

p/s :Entry dah lama siap tapi baru nak publish.:-)

Sunday, January 2, 2011

Air Terjun Kelantan

The Waterfalls of
Cuti skolah dh habis...hu..hu...budak- budak sedih sbb dh kena start buat homework balik tp Neni cedih plk sbb lain...hu..hu....Xpelah, skrg Neni bukan nk berkongsi pasal hati dan perasaan ni tp nk promote air terjun yang ada kt Kelantan.Negeri tempat tumpah darahku...
Kelantan.


Air Terjun Jeram Pasu

Jeram Pasu


Air terjun Jeram Pasu ni paling dekat dgn rumah Neni. Naik keta dalam 10 minit dh sampai. Kalau dari Pasir Puteh kira- kira dalam 8km. Terdapat 3 kolam untuk dewasa dan 1 untuk kanak- kanak.Memang sesuai untuk beriadah bersama keluarga.

bestnya dapat mandi cini.

Antara kemudahan lain yang terdapat di Jeram Pasu ialah tandas,surau,gerai- gerai makan, tapa perkhemahan dan tangga bagi mereka yang ingin menjelajah kedalam hutan.Teringat waktu sekolah dulu, boleh dikatakan tiap2 minggu g mandi jeram, main gelungsur air ...Best  wooOOOOo....



Air Terjun Jeram Linang



Lokasi di daerah Machang. Perjalanan dari Kota Bharu kira- kira dalam 1.30 jam, Pasir Puteh dalam setengah jam jer..sgt laaa dekat. Neni biasa akan ke Jeram Pasu dulu, mandi2 jap pastu gerak ke Jeram Linang. Kat sini air terjunnya lagi best. Kemudahan lebih banyak berbanding dengan Jeram Pasu.Ada chalet untuk bermalam, tempat berBBQ, sewa pelambung, mini zoo, kedai- kedai makan dan yang paling best ada jambatan gantung. Bolehlah main goyang2 kejap...Hekk...hek...hEkkk....

Pintu pagar ditutup pada pukul 6 petang.


Lupa nak bagitau, kalau kt Jeram Pasu buka 24 jam tp kat Jeram Linang, pengunjung hanya dibenarkan masuk sampai pukul 6 petang sahaja. Lepas tu pintu pagar akan ditutup. Reasonnya ialah bagi mengelakkan maksiat dan perkara yang xdiingini...



Opssss...ada lagi yang paling best kt sini, klu kita mandi or rendam kaki, ada ikan2 kecik datang gigit- gigit kaki.Rasa macam kat Spa jer....Syok woooOOOO....

Lata Berangin
betapa indahnya pemandangan.
terdapat banyak air terjun mini..


keindahan alam ciptaan-Nya.



Kira- kira 20km dari bandar Kuala Krai. Tak banyak sangat yang Neni nak berkongsi sebab xpenah sampai ke sana lagi..he..he...Klu nak more info, klik link kt atas ya..macam berbaloi je datang cini.

Lata Rek.
tanda arah yang jelas, memudahkan anda ke destinasi.

pemandangan yang menarik, berbatu- batu tp awas, mungkin agak licin

memang best mandi manda kat sini.
 
Lokasinya berada ditengah- tengah antara Gua Musang dan Kuala Krai. Jeram kat sini berbeza sedikit sebab air terjunnya bertingkat- tingkat.

Gunung Stong.
jauh mata memandang, memang xleh nak main gelunsur ni...
Haa....sebut pasal Gunung Stong, Neni jadi xpaham kenapa tempat ni tidak diperkenalkan sedangkan ianya merupakan air terjun PALING TINGGI DI ASIA TENGGARA...erm...ada sape2 tahu x?
tour guide memang berpengalaman.
Bagi anda yang suka trekking, hiking or camping, tempat ni memang sesuai. Perkhidmatan tour guide juga disediakan.
Amat berbaloi dapat datang ke sini.
 Andai katalah korang xsuka tido dalam khemah, chalet juga ada disediakan.
Nak ajak Incik Hubby la nnti..he.he...ya Incik Hubbyku sayang?uwEEEkk.....uWeEk...
Harga chalet tidak termasuk kereta ok..


Tp yang xbestnya orang kata kononnya ada hantu...eeeEEEEE.......akott.....






P/s: Gambar dari Incik Google and Web Kelantan.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...