Pages

Saturday, August 3, 2013

RESEPI POPIA NESTUM SEDAP

HA...jangan klik banyak kali ya kalau cari-cari gambar popia nestumnya takde sebab resepi ni hasil study kat google tadi. Nak buat kat KL tak sempat, jadi save dalam blog siap-siap. Sampai kampung nanti bukak balik jer resepi.

Bahan-Bahan
Kulit popia saiz kecik - 1paket

Bahan Blander ( Guna blander kering tu)
Nestum- 1 cawan
Gula- 3 sudu
Horlicks-2 sudu

Tips: untuk kasi kulit popia tu melekat elok, lepas gulung tu boleh sapu samaada kuning telur/ air tepung gandum/ air suam jer.

Cara- Cara
1. Gulung kulit popia- Jangan gulung rapat-rapat sangat nanti popia jadi keras dan serbuk nestum nanti taknak join skali.
2. Gunting mengikut kemahuan diri.Biasa gunting pendek2 dan menyerong.
3.Goreng kulit popia sampai garing. Jangan terlebih goreng sampai coklat gelap. Xcun la nanti.
4.Lepas toskan kulit popia, boleh la bergaul mesra dengan bahan-bahan kisar nestum tadi.
5.Yang paling penting, pastikan makan ikut mulut ya. Selamat Mencuba.


Kak Ton balik kampung hari ni.Selonot...
Selamat Hari Raya pada semua makhluk dalam dunia ni.
Ampun dan maaf di pinta jika ada terguris rasa.

Tuesday, July 23, 2013

Puding Roti Kukus




Puding roti siap dikukus
Kalau dah nama bulan Ramadhan, memang banyak la orang yang post pasal makanan kat facebook. Boleh kurus puasa kalau duk tenung lama-lama kat screen tu. Salah satu makanan yang memang menggoda jiwa dah raga, Puding roti ni la. Nampak sedap je tapi sah-sah daku tak makan. Tapo teringin nak masak.

Google 2-3 resepi untuk buat puding roti ni, cara nak buat puding roti kebanyakan sama jer cuma untuk buat sos tu ada 2 jenis, satu letak kastard, satu lagi guna susu segar. Kami guna susu segar sebab papanda yang request nak yang sos guna susu.









Bahan-bahan puding roti
BAHAN-BAHAN PUDING ROTI
10 keping roti (potong 4/carik2)
1 tin susu cair (375 mL)
3 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis/ cip coklat








CARA-CARA

1. Sapu butter / majerin pada roti. Sapu sebelah sahaja.Susun dalam loyang. Boleh selang selikan tiap-tiap lapisan dengan kismis/cip coklat
2. Masukkan telur, gula ,esen vanila. Kacau. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sehingga sekata.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti ( jangan tekan-tekan roti, takut mampat, tak gebu nanti).
4. Kukus dengan api sederhana 20-30 minit. ( nak bakar pun boleh)
5. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk rasa yang mabeles.

BAHAN SOS SUSU
500 ml susu full cream
1/2 tin susu krimer
 2 biji kuning telur
 Esen vanilla - 1 sudu kecil
  Gula
 
BAHAN-BAHAN SOS KASTARD


1 TIN susu cair
1/4 tin air ( guna tin susu tadi)
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula

CARA-CARA
1. Panaskan susu dengan api sederhana. Masukkan esen vanila.
2. Pukul kuning telur sampai lembik ( read: kembang)
3. Masukan kuning telur, teruskan mengacau untuk elak telur kuning bergentel.
4. Tambahkan gula mengikut tahap kencing manis yang anda inginkan.
5. Sedia untuk disantap.:-)
puding roti siap sos


Monday, July 22, 2013

Resepi Tomyam Pekat Ala Thai

Panas-panas dari dapur, terus buat entry sebab takut nanti lupa lagi. Resepi ni untuk kuah tomyam pekat ala kat kedai makan thai tu. Resepi ni kami ambil dari SIL.Memang kena dengan selera kami.Nyum..nyumm... Tak sabarnya nak makan sahur nanti.

Edisi kami ni takdelah pedas macam kat kedai makan tu, kami tambah kasih sayang pada tomyam tu, sebab tu ada rasa manis-manis sikit. Sebenarnya ikut lidah asli kelantan, memang la semua nak manis.Macam muka kami..hikkk..hokkk..ok, ni resepi untuk tomyam 1 periuk saiz sederhana:-


bahan untuk dikisar


Bahan Blander
5 biji tomato
2 biji bawang putih
1 biji bawang merah
add pedas: cili merah/lada kering




Bahan 
Separuh ekor ayam ( +-berkadaran dgn kuah nanti)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Bahan penting tomyam
1/2 bawang besar
2 batang serai ( ketuk)
1 biji tomato
1 inci lengkuas
2 kiub tomyam
2 helai daun limau purut
1/2 air limau nipis
garam, gula ikut bisikan hati
 Sayur campuran


Sayur 1 malaysia



Cara Memasak

1. Tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau.
2. Masukkan campuran yang telah diblander, masak sehingga menggelegak.Masukkan ayam dan tutup periuk untuk seketika.
3. Masukkan bahan-bahan tomyam tadi, gunakan api sederhana. Lepas tu masukkan semua bahan-bahan lain.Masak sehingga puas hati. Kalau rasa tak puas hati, tambah la garam gula lagi.Jangan sampai jadi sira ayam sudah..:-)

Tomyam pekat Ala thai-Sedap
Alhamdulillah, menjadi dan kena dengan selera kami. Papa memang pandai bab-bab tambah rasa ni.Mami pandai campak bahan-bahan tak berasas jer ( selain garam dan gula). Samalah seperti hubungan kami, "saling melengkapi". :-)





Saturday, July 20, 2013

Iftar Sponsored By KENNY ROGERS ROASTERS


KRR- THE MINES

Rabu, 17 Julai 2013 ( macam nak tulis berita pulak).Kami dapat iftar free lagi. Kali ni special sikit sebabnya Kenny Rogers ROASTERS Malaysia yang sponsor. Alhamdulillah, murah rezeki kami sekeluarga. Mesti pelikkan? Kenapalah Atuk Kenny tu nak sponsor kami pulak, macamlah daku ni artis..he..he...

Sebenarnya Mami join contest kat Fb
Kenny Rogers ROASTERS Malaysia. (sila klik Like) Contest untuk dialog simple jer. Alang- alang join tu Mami pun paksa la Papa join sama. Caranya kena kumpul vote untuk dialog kita buat. Ingatkan dah takde harapan nak menang dah sebab memang susah nak mintak tolong orang( kawan)  untuk vote ni. Lagi satu, masa dah nak sampai ke due date, macam ramai la pulak yang join dan vote naik mendadak.

Contest yang dijoin.



Erm...kata hati ni macam pelik jer sebab cepatnya diorang dapat vote. (guna autolike/ something ler tu). Memang takde harapan nak menang la. Hari-hari last Mami dah malas nak promote dah sebab memang takder harapan untuk menang...hu..hu...

Dipendekan cerita, Papa check email dan dapat email dari KRR yang Papa menang. Pelik bin ajaib bin mustahil. Macammna Papa boleh menang sedangkan vote papa hampir kurang separuh dari vote Mami. Mami pun cuba la check email ( yang tak pernah dibuka pun sebelum ni). Yahoooo...alhamdulillah, memang jugak. Nasib baik tempoh reply tu sampai petang, masih sempat untuk reply untuk bagi detail...Terima kasih Allah..








Kami dapat 2 set

Setiap pemenang akan mendapat 2 meal vouchers dan 2 side dish.Maknyanya kami dapat 8 voucher. Dapat la 2 kali berbuka puasa kt KRR. Jumlah voucher RM100. Alhamdulillah, rezeki tuhan nak bagi di bulan yang mulia ni.

Terima kasih Allah atas rezeki yang kurniakan. Jadikan kami hamba yang selalu bersyukur dan sentiasa terasa terlebih dalam menikmati nikmatMu ini sehingga kami dengan seikhlas hati berkongsi sedikit kenikmatan dengan yang lain pula nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...