Pages

Thursday, November 15, 2012

Assalamulaikum...
Dah lama sangat tak menulis blog, kira-kira hampir setahun 3 bulan...he...ingat nak berhenti terus dah dari memblogkan diri sebab dulu bukak pun takde ape nak share.Niat nak sambung menulis ni timbul masa duk mengoogle pasal putera kesayangan Mami.Google cari petua, pakaian, mainan dan macam-macam lagi la. Dari situ terasa nak mengukir sedikit memori untuk tatapan suatu hari nanti.

Walaupun dah agak terlambat sebab Izz skrg dah masuk 9 bulan dah tp masa masih lagi panjangggg lagi. Harap-harap kali ni bukan hangat-hangat taik ayam lagi la...hi..hi....
comel tak saya?

Ok, entry kali ni hanyalah pengenalan kepada jejaka handsome Mami. Lahir pada 7 FEB 2012 bersamaan 14 Rabiulawal 1433 Hijrah pada pukul 9.48 pagi.Berat Izz masa lahir 3.06 kg. Agak besar jugak la sebab ingt nk dapatkan berat dalam 2.6++kg jer dengan harapan senang bersalin nanti....kononya la...ha..ha...


Bersalin kat Hospital Serdang, layanan dari jururawat dan doktor amat memuaskan skali, berbeza sungguh dari pembacaan awal Mami, mungkin lain orang lain rezeki.Alhamdulillah....Tok Umi datang ke Serdang sehari sebelum bersalin sampai hari ke-10. Lepas tu Mami sambung berpantang kat kampug jer.

hasil kreatif mummy :-)
Majlis bercukur Izz, Mami buat dalam usia Izz 3 minggu, buat simple dimple jer tp alhamdulillah semua berjalan lancar.

Izz jenis yang kuat menyusu, mau 3-4 jam skali nyonyot.Tok Umi pun sponsor puting skali..hi..hi...Buktinya, dalam masa 20 hari berat Izz naik ke 4kg ( genap 20 hari papa balik ke KL), 1 bulan 5 kg, 2 bulan 6.1 kg, 3 bulan 6.8...pastu xingt nak catat dah...ha..ha..

tengah melayan lagi Aisyah ni.
Masuk jer umur Izz 7 bulan, dah pandai meniarap macam askar dah, berat xnaik- naik dah. Sama jer bacaan masa usia 5 bulan, 8.9kg.Badan surut lagi bila Izz demam teruk masa usia genap 9 bulan, nk tumbuh gigi rupanya anak Mami ni...he..he...

Oklah, tu jer ringkasan pembukaan untuk tatapan anak Mami nanti, ada masa insyaallah Mami sambung mencoret lagi.

Wednesday, May 4, 2011

Bila kau dah mau kawen...

Malam ni Neni duk check event invitation kt facebook n kad-kad jemputan yang bersusun kat rumah.
kad dari member Neni dan juga kad jemputan dari kawan hubby.

Kami ni jenis tak ingat hari/ haribulan....so, langkah paling selamat kena la mark siap-siap kat kalender.
Untuk bulan Mei n Jun sahaja kami dapat dalam 15 jemputan...mak aaiihhhh...banyak jugak tu...
jenuh la nk g shopping hadiah....he..he...

Tapi kami pilih-pilih jer la mana yang termampu kami hadir, 
so xder la semua event kami join..sori ya kawan-kawan...
Nanti jangan lupa upload gambar tau....

Tuesday, May 3, 2011

Ape Yang Best???

Mesti ramai yang dh buat entry pasal Ujang and Yana kawen ni, tp Neni nak buat la jugak satu entry sebab dah lama sangat tak buat ape-ape entry...
gambar dari facebook Athirah Hassin

Ujang ni selain dari rakan blogger Neni, dia jugak kawan satu tempat keja dengan Hubby Neni, so memang hubby Neni kenal sangat la dengan Ujang ni.

Ape yang best masa kat kenduri Ujang tu, Neni boleh jumpa rakan-rakan blogger lain, semua cantik-cantik, semua bergaya dan yang paling best, semua ramah dan tak sombong. harap-harap nanti boleh la lagi buat perjumpaan dengan rakan-rakan blogger.

Sunday, March 20, 2011

DOA SEORANG ISTERI



Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetolkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkou redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin Ya Rabbi Allamin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...