Resepi cream puff ni sangat senang & sedap.. sape tngah rajin tu blh la cube2 buat nanti.
Resepi:
250ml air
100gm mentega
1sdk gula
1sdk garam
125gm tepung gandum
3biji telur gred B
Cara-cara:
Panas kan air hingga mendidih, masuk kan mentega, gula & garam.
Kacau smapai mendidib the tutp api trus masukkan tepung, kacau gune
senduk kayu @ whisk smpai tepung xmelekat kat periuk, sejukkan
sebentar.
Masukkan telur 1 per 1 pukul gune mixer smpai sebati,
Paip
kan atas loyang, renjis2 skit ngan air sebelum bakar pada suhu 180c
selama 20mnt @ sampai kekuningan...
Kastard:
500ml susu segar
1biji telur
25gm tpng kastard
30gm tepung jagung
100gm gula
cara2:
masak susu hingga mendidih the tutup api masukkan bahan selebihnya
kacau2 dulu smpai sebati, hidupkan api balek masak sampai pekat.Selamat mencuba.
Credit to : Azie's Oven.
Monday, March 3, 2014
Wednesday, January 8, 2014
Izz Bercerai Susu- Hari Pertama
![]() |
| Saat menulis entry ni Izz tertido atas car seat sebelah mami.Tanpa menyusu. |
Hari tu dah Mami dah berniat nak ceraikan susu Izz tapi seperti kebanyakan ibu lain yang fully breastfeeding anak kecil mereka, niat hanya menjadi terkubur tatkala mendengar rengetan dan tangisan si anak. Tetapi kali ni Mami nekad dalam terpaksa.
Kisah bermula bila Izz start tak sihat, termasuk hari ni, sudah 6 hari Izz muntah-muntah sebaik sahaja menelan makanan.Hampir semua makanan yang masuk ke dalam tekak Izz akan keluar serta merta.Rasanya tak sempat sampai ke perut pun.Siasat punya siasat melalui kawan-kawan dan Encik Google, rupanya Izz terkena Winter Vomiting Bug. Penyakit lazim kat negara UK yang sejuk ni. Ape yang paling merisaukan adalah penyakit ni tidak mempunyai ubat khusus. Akan sembuh dengan sendiri bila badan dah mengeluarkan imun.
Setelah 5 hari Izz terkena winter bug, kami ambil keputusan untuk bawa ke GP Cranfield University ( mcm Klinik kesihatan). Seperti dijangka, tiada ubat diberikan cuma dia bagi tabung untuk ambil sample najis Izz kalau muntah berlarutan dalam masa seminggu lagi.
Alang-alang dah jumpa GP, mami pun tunjukkan skali puting mami yang melecet digigit Izz. Dah masuk 4 hari dah. Asalnya cuma melecet pastu menjadi semakin merebak. Sakit, seperti ulser sebesar biji lada hitam. Sakit Allah saja yang tahu.Doc tengok pun mcm seriau jer, macam pernah rasa jer.he..he...Doc menyarankan mami stop Bf untuk menyembuhkan luka, kalau teruskan BF luka akan menjadi bertambah besar. Maka bermulalah kisah kami berendam air mata.
Jadual harian seperti biasa, cuma bila dah start nak masuk tido. Papa melayan Izz main sampai mami lari masuk ke bilik sebelah. Pada pukul 1.30 am,Izz dah start merengek dan berterusan menangis mencari mami. Mami tabahkan hati, borak-borak dengan Untie Hana dan melayan facebook.Sebolehnya tidak mahu mendengar tangisan anak kecilku. Bercucuran air mata menahan rasa. Risaukan Izz dan risaukan kemampuan papa untuk melayan Izz.Maklumlah, ini kali pertama kami tido berasingan dan kali pertama papa tidurkan Izz.Alhamdulillah, tangisan terhenti dan tidurlah anakku dalam esakan.Tak mahu minum susu pun. (T_T).
4.30am (+-)
Seperti yang dijangka, lagi skali Izz menangis. Hari-hari sebelumnya waktu macamni Izz terbiasa bangun termuntah.Tapi malam ni Izz tak muntah tapi sekadar menagis, mencari puting untuk dinyonyot seperti kebiasaanya.Runtuh hati, sayup-sayup terdengar Ami....Ami...Ami...wa, skali lagi hati mami meronta untuk masuk ke bilik tp mami tekadkan hati.Alang-alang dah jadi macamni, kami kena kuat.Kami kena teruskan.Papa walaupun penat tapi sanggup tidak tidur.Risaukan tidur tak sedar Izz kalau-kalau termuntah nanti.
Kali ni papa suakan botol susu, Izz minum sedikit.Sekadar menghilangkan dahaga.Izz tertido lagi dalam esakan. Mami sedikitpun tak lena nak tidur.Susu badan dah membengkak, terpaksa mermaid sebab yakin hari ni memang takkan menyusukan Izz.
7am(+-)
Sekali lagi Izz tersedar, tangisan kali ni agak kuat. Memanggil-manggil Ami...ami..Alhamdulillah, papa boleh handle Izz. Lega hati mami tapi tak mampu untuk lelapkan mata dah.Breast semakin membengkak dan mula berbisa.Risau kot-kot nanti terkena demam urat pulak nanti. Sambung mermaid kat depan pintu bilik kami. Alhamdulillah Izz tido.Papa pun dah nampak penat sangat,kesian papa tapi kami tiada pilihan.
9-10 am
Waktu macam ni biasa Izz dah bangun tido, bila terdengar je Izz menangis. Mami masuk kebilik, rindunya Allah jer yang tahu padahal kami bilik sebelah jer.Izz macam biasa terus nak menyusu, cepat-cepat mami letak chocolate chip atas dada.Terus geli tapi beralih ke breast sebelah kanan. Hisap la dua kali. Terus tak nak sebab Masyam...he..he...mami suakan freash milk jer tapi Izz nak minum dalam penutup dia jer.Oklah, asal masuk air dalam tekak dia.
Begitulah catatan rambang sedikit sebanyak pengalaman kami untuk bercerai susu hari pertama. Pada awalnya memang mami tak menaruh keyakinan pun pada papa.Seakan mustahil papa boleh handle tapi rupanya mami silap dalam menilai papa.Ternyata antara papa terselit sebuah kesabaran dan belas kasihan pada anak kecilnya.Cekalnya papa dalam menjaga dan memujuk tangisan Izz.Paling menakjubkan sekali papa dapat tidurkan Izz. Terima kasih sangat-sangat papa atas segalanya..Ternyata Abang layak dan mampu.
Berkaitan dengan nipple mami, Izz tergigit masa tido dan menjadi semakin merebak akibat tergesel dengan gigi. Luka menjadi semakin besar dan bernanah, sekitar breast menjadi merah dan sakit sangat-sangat dan menjadi mastitis.Izz pulak jenis nak puting kt mulut 24jam time tido. Lepas semalaman tak beri susu kat Izz, luka cepat mengering dan seakan mahu berkudis.Alhamdulillah, cepat betul tapi mesti mengambil masa dalam seminggu untuk ganti kulit baru.
Terima kasih juga pada kawan-kawan yang memberi kata-kata semangat dan berkongsi tips.
Monday, December 30, 2013
Resepi Kek Apam..
![]() |
| Kek apam kukus |
![]() |
| Nak buat versi apam cupcake pun ok jugak. |
Ni resepi dalam sukatan cawan ya, senang untuk rujukan.
Resepi apam
300 g {2.5cawan} tepung gandum (Kt UK guna self raising flour. Kt Msia dulu guna tepung gandum je & jadi. Sini kalo guna tepung gandum je tak jadi. Tak tau kenapa. Kandungannya tak sama)
250g gula {1.25 cawan}
100ml {0.5 cawan} santan/susu (/susu segar)
3 biji telur
1 sudu teh ovalette (Tapi tak bubuh pun tak pe cuma kalo bubuh lagi lembut & gebu. Kat UK stakat ni saya xjumpa lagi.)
1 sudu teh esen vanila
pewarna.
-Pukul telur & gula sampai kembang, masuk ovalette & pukul lagi.
-Masuk tepung berselang-seli dengan santan/susu
-Masuk esen vanila
- bahagikan ke beberapa bahagian & letak pewarna
-Masuk dalam bekas dan kukus selama 15 - 20 minit.
Saya dah buat kat Malaysia. Banyak kali jugak la, Izz pun suka makan. Dah try buat sekali kat UK ni tapi saya bakar. Apam jadi kering dan ranyup.hu..hu..Nanti dah beli kukusan saya try buat balik. Mungkin nak kena adjust kalau nak guna kaedah bakar.
Wednesday, December 4, 2013
Bercerai susu
Anak mami Izz Walee Mahdi dah nak masuk 2 tahun dah. Tinggal baki 2 bulan lagi untuk genap 2 tahun anak teruna mami ni. Alhamdulillah, Allah semakin mempermudahkan urusan menjaga Izz. Izz dah kurang nangis dah. Walau kuat nangis, cerdiknya boleh tahan jugak, terubat segala penat lelah. Disebabkan Izz memang tido ikut jadual UK dari lahir lagi, masalah tido kat sini hampir tiada. Pukul 9-10 pm dah start ngantuk dah..Syukur Alhamdulillah....
Berbalik pada tajuk, sekarang ni tengahusaha untuk cerai susu. Di sebabkan Izz fully breastfeeding, memang jadi masalah besar bila nk ceraikan susu ni. Saat paling genting time nak tido, sampai sekarang takde idea...hu..hu...Botol, sippy cup semua taknak...
Niatnya memang nak biarkan jer Izz Bf sampai dia dah masuk preschool umur 3 tahun nanti sebab memang tak bercadang untuk hamil dalam tahun terdekat ni...tpppp...atas sebab-sebab tertentu, terpaksa hentikan jugak demi masa depan..
Bila bertanya kat kawan-kawan dari facebook, ada bagi idea letak bawang putih, hampas teh and nescafe. Nampak hitam-hitam kat cik T tu nanti mesti dia gelikan..Belum buat pun dah tergelak,gelak jahat pulak tu sebab nak kenakan anak sendiri...ha..ha...(Mami terpaksa sayang).
HARI PERTAMA- berjalan lancar, bangun jer tido bagi makan dan bagi fresh milk dalam botol susu. Time dia nak pek jer letak nescafe siap-siap. Geli bukan main lagi, siap cakap eeeeee...yerk...yerk..., lepas tu try isap jugak...pahit lakan..ha..ha... maka selamat la hari pertama tanpa mengempeng nak susu.Miss B pun bukan main bengkak lagi, terpaksa marmet untuk kurangkan bengkak.Malam tu, bukan main ketagih lagi nak menyusu..kesian...(TT_TT)
HARI KEDUA- Letak nescafe macam biasa tapi hari ni Izz dah start tak puas hati dah. Mintak pek, mami bagi jer tp bila nampak terus mengamuk...ha..ha...minum fresh milk pun sikit jer.maka kami harungi hari ke-2 dengan penuh drama air mata dan peperangan. Stress dengan anak takpe lagi, jangan ada hal-hal rumah yang boleh menambahkan stress ni dah la.
HARI KETIGA- Letak nescafe macam biasa jugak, buat siap-siap nescafe pekat. Tapi hari ni tak jalan dah, main hisap jugak. Jangan cerah mata sampai takleh nak tido malam ni dah la ya nak.
Maknanya percubaan dengan nescafe gagal. So, dengan ini mami menyerah kalah lagi. Takpe, esok boleh try lagi. Kali ni nak try letak asam jawa pulak...hi..hi...

Subscribe to:
Posts (Atom)