Pages

Monday, December 30, 2013

Resepi Kek Apam..



Kek apam kukus
 Kek atau apam ni saya suka sangat makan. Nak makan tiap-tiap hari pun boleh.Resepi ni saya ambil dari Blog Mak Zarina BZ,sambil baca-baca blog dia rasa tertarik pulak nak try buat sendiri.Ternyata senang dan mudah jer. Barang-barang pun simple je. Saya salin siap-siap resepi letak kat blog, bila rasa nak buat nanti bukak balik jer.. :-)




Nak buat versi apam cupcake pun ok jugak.

Ni resepi dalam sukatan cawan ya, senang untuk rujukan.

Resepi apam

300 g {2.5cawan} tepung gandum (Kt UK guna self raising flour. Kt Msia dulu guna tepung gandum je & jadi. Sini kalo guna tepung gandum je tak jadi. Tak tau kenapa. Kandungannya tak sama)
250g gula {1.25 cawan}
100ml {0.5 cawan} santan/susu (/susu segar)
3 biji telur
1 sudu teh ovalette (Tapi tak bubuh pun tak pe cuma kalo bubuh lagi lembut & gebu. Kat UK stakat ni saya xjumpa lagi.)
1 sudu teh esen vanila
pewarna.

-Pukul telur & gula sampai kembang, masuk ovalette & pukul lagi.
-Masuk tepung berselang-seli dengan santan/susu
-Masuk esen vanila
- bahagikan ke beberapa bahagian & letak pewarna
-Masuk dalam bekas dan kukus selama 15 - 20 minit.


Saya dah buat kat Malaysia. Banyak kali jugak la, Izz pun suka makan. Dah try buat sekali kat UK ni tapi saya bakar. Apam jadi kering dan ranyup.hu..hu..Nanti dah beli kukusan saya try buat balik. Mungkin nak kena adjust kalau nak guna kaedah bakar.

Wednesday, December 4, 2013

Bercerai susu

Anak mami Izz Walee Mahdi dah nak masuk 2 tahun dah. Tinggal baki 2 bulan lagi untuk genap 2 tahun anak teruna mami ni. Alhamdulillah, Allah semakin mempermudahkan urusan menjaga Izz. Izz dah kurang nangis dah. Walau kuat nangis, cerdiknya boleh tahan jugak, terubat segala penat lelah. Disebabkan Izz memang tido ikut jadual UK dari lahir lagi, masalah tido kat sini hampir tiada. Pukul 9-10 pm dah start ngantuk dah..Syukur Alhamdulillah....

Berbalik pada tajuk, sekarang ni tengahusaha untuk cerai susu. Di sebabkan Izz fully breastfeeding, memang jadi masalah besar bila nk ceraikan susu ni. Saat paling genting time nak tido, sampai sekarang takde idea...hu..hu...Botol, sippy cup semua taknak...

Niatnya memang nak biarkan jer Izz Bf sampai dia dah masuk preschool umur 3 tahun nanti sebab memang tak bercadang untuk hamil dalam tahun terdekat ni...tpppp...atas sebab-sebab tertentu, terpaksa hentikan jugak demi masa depan..

Bila bertanya kat kawan-kawan dari facebook, ada bagi idea letak bawang putih, hampas teh and nescafe. Nampak hitam-hitam kat cik T tu nanti mesti dia gelikan..Belum buat pun dah tergelak,gelak jahat pulak tu sebab nak kenakan anak sendiri...ha..ha...(Mami terpaksa sayang).

HARI PERTAMA- berjalan lancar, bangun jer tido  bagi makan dan bagi fresh milk dalam botol susu. Time dia nak pek jer letak nescafe siap-siap. Geli bukan main lagi, siap cakap eeeeee...yerk...yerk..., lepas tu try isap jugak...pahit lakan..ha..ha... maka selamat la hari pertama tanpa mengempeng nak susu.Miss B pun bukan main bengkak lagi, terpaksa marmet untuk kurangkan bengkak.Malam tu, bukan main ketagih lagi nak menyusu..kesian...(TT_TT)




HARI KEDUA- Letak nescafe macam biasa tapi hari ni Izz dah start tak puas hati dah. Mintak pek, mami bagi jer tp bila nampak terus mengamuk...ha..ha...minum fresh milk pun sikit jer.maka kami harungi hari ke-2 dengan penuh drama air mata dan peperangan. Stress dengan anak takpe lagi, jangan ada hal-hal rumah yang boleh menambahkan stress ni dah la.

HARI KETIGA- Letak nescafe macam biasa jugak, buat siap-siap nescafe pekat. Tapi hari ni tak jalan dah, main hisap jugak. Jangan cerah mata sampai takleh nak tido malam ni dah la ya nak.

Maknanya percubaan dengan nescafe gagal. So, dengan ini mami menyerah kalah lagi. Takpe, esok boleh try lagi. Kali ni nak try letak asam jawa pulak...hi..hi...

Wednesday, November 20, 2013

Selamat Ulang Tahun Abang - KETIGA

18 NOV 2013 dah masuk 3 tahun kami bersama sebagai suami isteri. Tiada sambutan atau kejutan macam tahun-tahun lepas sebab kami masih baru di sini. So tiada kek untuk di tayang sebagai kenangan.

Sepanjang 3 tahun, kami masih dalam proses mengenali dan menerima. Ada jer benda yang tak kena dan tak berkenan di mata. Bergaduh macam anjing dan kucing yang akhirnya kami bergelak bersama juga.

Alhamdulillah, kami masih bahagia.Kami masih bersama dan akan tetap bersama hingga ke Jannah.Insya allah...


Genap 3 tahun sudah kami bersama... Ya Allah, Tetapkanlah iman kami... Teguhkan lah rumahtangga kami mengikut landasan jalan-Mu... Jadikanlah keluarga kami keluarga yang beriman dan beramal soleh... Hindarilah kami dari bala, gangguan jin dan syaitan, dan perbuatan manusia khianat laknatullah..... Aminnnn.... 'Ahsan Nur Mubarak Annuar.'

Friday, November 15, 2013

Kami di Bumi UK- Cranfield



Assalamualaikum...Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 14 kami di bumi asing. Niat di hati dulu nak coretkan setiap perkembangan sebelum dan selepas sampai ke sini tapi macam biasala, asyik tak sempat je.

Kami berangkat dari KLIA pada 1 Nov 2013 dan mendarat di Heathrow selepas lebih kurang 14 jam di angkasa. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan olehNya.Sampai ke Cranfield, kami dah siap ada rumah, jadi kami takde masalah tentang tempat tinggal.

Sepanjang 14 hari menetap di bumi UK ni, rasanya sama macam kehidupan di Kolej 10, UPM dulu jugak. Dalam rumah main dengan Izz. Masak sikit, kemas sikit dan main Facebook banyak-banyak.ha..ha...

Ape yang lainnya suhu je la. Suhu kat sini sejuk yang amat bagi kami.Izz Walee Mahdi sampai demam.Kesian kesayangan Mami. Mulut biru, hidung merah sebab sejuk sangat. Heater pulak lepas beli topup baru la boleh pakai.Demam la Izz dalam 3 hari. Nasib baik dah beli duvet tebal siap-siap. Tapi yang peliknya orang lain siap cakap ni still panas lagi ni...kulit demo dah tebal kot, kami kulit popia jer..hu.hu...

Tu je la catatan tak langsung sebagai pengenalan kami di Cranfield. Ada masa nanti (mood), baru la boleh story in detail.



                                                                                                                          With Love,
                                                                                                                           Mami Neni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...