Pages

Friday, November 15, 2013

Kami di Bumi UK- Cranfield



Assalamualaikum...Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 14 kami di bumi asing. Niat di hati dulu nak coretkan setiap perkembangan sebelum dan selepas sampai ke sini tapi macam biasala, asyik tak sempat je.

Kami berangkat dari KLIA pada 1 Nov 2013 dan mendarat di Heathrow selepas lebih kurang 14 jam di angkasa. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan olehNya.Sampai ke Cranfield, kami dah siap ada rumah, jadi kami takde masalah tentang tempat tinggal.

Sepanjang 14 hari menetap di bumi UK ni, rasanya sama macam kehidupan di Kolej 10, UPM dulu jugak. Dalam rumah main dengan Izz. Masak sikit, kemas sikit dan main Facebook banyak-banyak.ha..ha...

Ape yang lainnya suhu je la. Suhu kat sini sejuk yang amat bagi kami.Izz Walee Mahdi sampai demam.Kesian kesayangan Mami. Mulut biru, hidung merah sebab sejuk sangat. Heater pulak lepas beli topup baru la boleh pakai.Demam la Izz dalam 3 hari. Nasib baik dah beli duvet tebal siap-siap. Tapi yang peliknya orang lain siap cakap ni still panas lagi ni...kulit demo dah tebal kot, kami kulit popia jer..hu.hu...

Tu je la catatan tak langsung sebagai pengenalan kami di Cranfield. Ada masa nanti (mood), baru la boleh story in detail.



                                                                                                                          With Love,
                                                                                                                           Mami Neni

Sunday, September 22, 2013

Dewan Utama IPK Selangor dan Taman Botani Negara Shah Alam

Hari ni kami hadiri kenduri kawen Nur Illyana dan suaminya Hasnan. Dua- dua inspektor sahab dan majlis berlangsung kat Dewan Utama IPK Selangor kat Seksyen 9 Shah Alam. Meriah dan glamour betul. Suka tengok diorang ni sebab memang lovely couple. Kami tak sempat nak bergambar skali sebab si raja sehari baru nak makan beradap. Takpelah Illy ya, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Insya allah...



Alang-alang dah sampai ke Shah Alam, pujuk papanda ke Taman Pertanian Shah Alam atau Taman Pertanian Bukit Cerakah tu. Papanda demam sebenarnya tapi sudi jugak nak pegi sana...hureeeyy..... 









Jarak dari IPK tu dalam 5 minit jer, memang dekat je la. Sampai sana, mcm biasa parking kat luar-FREE. Rupanya dah tukar nama lagi sekali. Sekarang dah jadi Taman Botani Negara Shah Alam. Tiket masuk sebanyak RM3 sahaja untuk dewasa dan kanak- kanak RM1 sahaja. Kami bertiga kena RM6 untuk tiket masuk sebab Izz masuk free.

Kat kaunter tu dia ada jual tiket untuk taman 4 musim skali. Harga sama jugak, RM3/person.Sama macam dulu-dulu jugak, ingatkan harga minyak dah naik, harga tiket pun naik skali. Rupanya hampa..ha.ha...Tapi, memang niat nak masuk sana pun, nak merasa autum la katakan..he...he...Darat.

Lepas bagi tiket masuk, terus pegi kt tempat tunggu bas, naik la kami bas takde tingkap tu. Syok rasa angin, Izz pun layan jer. Nasib baik tak takut macam kat MARDI Langkawi dulu. Ada jugak tempat menyewa basikal, tapi sebab si maminda terlebih ayu, batalkan jer la hasrat tu, tppppp.....harapan masih tak terkubur, rasa teringin sangat nak naik basikal yang ada seat untuk kanak-kanak tu. Insya allah, lain kali. :-P

Sepanjang peroundnan kami dengan bas tu, kami tengok taman ni dalam usaha membaikpulih dan menaiktaraf. So, sekarang ni masih dalam pembinaan, nampak tak cantik sangat la.

Bas berhanti kat Taman 4 musim, sekarang musin luruh, rasa nyaman dan sejuk jer.(sejuk aircond). Melepak la kami kat situ, snap-snap gambar. Izz buat tarian kebudayaan dia kejap. Pastu kami keluar. Bangunan kecik, klu kentut pun satu room boleh bau...eeiii....




Lepas tu kami nak bas lagi dan singgah kt Zoo . Tengah di baikpulih jgk. ada ladang rusa besar, burung-burung dan burung-burung lagi. Banyak jugak la haiwan lain tapi kami tak sempat nak buat lawatan mesra dengan semua penghuni zoo pun sebab masa tu routine bas dan nak habis dah. Kalau tunggu jugak kena balik jalan kangki...

Maka, habislah waktu lawatan sambil belajar kami ke Taman Botani tu. Izz pengsan terus lepas naik keta.Ingat nak singgah jamu ikan kat Taman Tasik Shah Alam tapi cancel sebab dah lewat dan Izz dah tido.





p/s: banyak entry yang masih berhutang ni. Ada yang dalam draf dan ada yang sekadar dalam ingtan lagi.Apepun, hutang tetap hutang.Kena langsaikan jugak. :-)

Saturday, August 3, 2013

RESEPI POPIA NESTUM SEDAP

HA...jangan klik banyak kali ya kalau cari-cari gambar popia nestumnya takde sebab resepi ni hasil study kat google tadi. Nak buat kat KL tak sempat, jadi save dalam blog siap-siap. Sampai kampung nanti bukak balik jer resepi.

Bahan-Bahan
Kulit popia saiz kecik - 1paket

Bahan Blander ( Guna blander kering tu)
Nestum- 1 cawan
Gula- 3 sudu
Horlicks-2 sudu

Tips: untuk kasi kulit popia tu melekat elok, lepas gulung tu boleh sapu samaada kuning telur/ air tepung gandum/ air suam jer.

Cara- Cara
1. Gulung kulit popia- Jangan gulung rapat-rapat sangat nanti popia jadi keras dan serbuk nestum nanti taknak join skali.
2. Gunting mengikut kemahuan diri.Biasa gunting pendek2 dan menyerong.
3.Goreng kulit popia sampai garing. Jangan terlebih goreng sampai coklat gelap. Xcun la nanti.
4.Lepas toskan kulit popia, boleh la bergaul mesra dengan bahan-bahan kisar nestum tadi.
5.Yang paling penting, pastikan makan ikut mulut ya. Selamat Mencuba.


Kak Ton balik kampung hari ni.Selonot...
Selamat Hari Raya pada semua makhluk dalam dunia ni.
Ampun dan maaf di pinta jika ada terguris rasa.

Tuesday, July 23, 2013

Puding Roti Kukus




Puding roti siap dikukus
Kalau dah nama bulan Ramadhan, memang banyak la orang yang post pasal makanan kat facebook. Boleh kurus puasa kalau duk tenung lama-lama kat screen tu. Salah satu makanan yang memang menggoda jiwa dah raga, Puding roti ni la. Nampak sedap je tapi sah-sah daku tak makan. Tapo teringin nak masak.

Google 2-3 resepi untuk buat puding roti ni, cara nak buat puding roti kebanyakan sama jer cuma untuk buat sos tu ada 2 jenis, satu letak kastard, satu lagi guna susu segar. Kami guna susu segar sebab papanda yang request nak yang sos guna susu.









Bahan-bahan puding roti
BAHAN-BAHAN PUDING ROTI
10 keping roti (potong 4/carik2)
1 tin susu cair (375 mL)
3 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis/ cip coklat








CARA-CARA

1. Sapu butter / majerin pada roti. Sapu sebelah sahaja.Susun dalam loyang. Boleh selang selikan tiap-tiap lapisan dengan kismis/cip coklat
2. Masukkan telur, gula ,esen vanila. Kacau. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sehingga sekata.
3. Tuang adunan ke atas susunan roti ( jangan tekan-tekan roti, takut mampat, tak gebu nanti).
4. Kukus dengan api sederhana 20-30 minit. ( nak bakar pun boleh)
5. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk rasa yang mabeles.

BAHAN SOS SUSU
500 ml susu full cream
1/2 tin susu krimer
 2 biji kuning telur
 Esen vanilla - 1 sudu kecil
  Gula
 
BAHAN-BAHAN SOS KASTARD


1 TIN susu cair
1/4 tin air ( guna tin susu tadi)
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula

CARA-CARA
1. Panaskan susu dengan api sederhana. Masukkan esen vanila.
2. Pukul kuning telur sampai lembik ( read: kembang)
3. Masukan kuning telur, teruskan mengacau untuk elak telur kuning bergentel.
4. Tambahkan gula mengikut tahap kencing manis yang anda inginkan.
5. Sedia untuk disantap.:-)
puding roti siap sos


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...