Pages

Friday, December 21, 2012

GOLD COAST MORIB


Entry dah lama siap tapi baru nak publish.:-)

Hubby ada kursus kat Gold Coast Morib, alang-alang tarikh 16-18 September bersempena dengan ulangtahun ke-2 perkahwinan kami, Abg bawak kami join skali.Jimat la yoo cost untuk honeymoon...ha..ha...
Gold Coast Morib

Entry ni untuk review pasal tempat ni, kira-kira rate dalam Rm400/night jugak kot masa Abg check, tp Abg dapat pegi free jer dan aku kena tambah RM200++ untuk 3D2N.Kalau nak dapat harga murah kat Groupon rasanya boleh dapat dalam Rm199 bila ada promosi.


peta ke Gold Coast Morib
Mati-mati aku ingat Morib tu kat Johor...ha..ha...rupanya kat area Selangor ni jugak jer. Jarak dari Serdang ke Morib dalam 30-45 minit jer.

Ni la bilik kami, kami dapat studio room,queen size bed, paling best katil siap ada palang lagi. Mula la datang angan-angan nak gantung buai Izz kat palang tu tapi bila dah check2, agak tak kukuh la plk..hurm....
lagi cantik klu tiang tu ada kain melilit..



Tv ada tapi astro xder, agak pelik la pulak klu tido hotel xder astro ni...he..he...kipas dan aircond ada jer tapi yang xbestnya betul-betul kena kat katil.tahu-tahu la klu ada anak kecik ni, sejuk sikit mula la hidung tersumbat.
katil betul-betul depan tv.


Siap-siap check bilik, ape yang ada lagi ya...he...he...mini peti sejuk ada, hair dryer pun ada. Kettle dan tea set ada jugak disediakan seperti biasa.

peti sejuk mini, hair dryer, kettle dan set untuk buat tea.


Banyak jugak la set toiletries yang dibagi, sampai berderet ha...kat tab ada letak 2 botol sabun lagi.Kami rembat 2 set untuk 2 malam stay sana. Untungnya, housekeeping tak payah-payah nak bersih bilik sebab kat depan tv tu letak toto dari rumah untuk Izz meligan.
Gold Coast Morib- toiletries bersusun minta dibawa pulang..:-)


Paling best bila masuk bilik air, siap ada jakuzi lagi.Dah angan-angan nak buat parti buih ni...ha..ha...mula-mula masuk agak jakun la sebab xreti nak main-main dengan segala butang kat jakuzi.Lepas Hubby dah boleh gerakkancbutang kat tub tu, rasa air berombak tu, dengan bunyi lagi rasa nak pening pulak tp Izz bukan main lagi nk tangkap buih-buih tu...waterholic sungguh..

Gold Coast Morib- jakuzi( yang kunung tu duck izz tau, bukan taaa itt....

Tempat makan pulak antara pool dan pantai, open air. Makanan disediakan 5 kali sehari,kiranya xsempat nak lapar dah terpaksa makan lagi...terpasksa la sangat ya..he..he..Paling best masa breakfast kot , untuk lunch dan dinner tu ok jer la. Tak sempat nak menikmati sangat sebab Izz ni kena jaga ikut giliran dengan papanya, so makan cepat-cepat jer la.

Gold Coast Morib- tempat makan sebelah pool

Gold Coast Morib- dari depan stage.

Gold Coast Morib- sebelah sana tu laut.

Komen keseluruhan tempat ni memang best la, tambahan lagi kalau ada anak-anak sebab tarikan utama kat sini kolam dan pantai.Ape yang xbestnya toilet rosak, xleh nak pam tp pekeja kat sana bagus sangat-sangat sebab lepas jer report toilet rosak, terus datang repair.Tunggu Izz besar dalam 3-4 tahun ingat nak datang lagi la klu ada rezeki.

p/s :Entry dah lama siap tapi baru nak publish.:-)

Thursday, November 15, 2012

Assalamulaikum...
Dah lama sangat tak menulis blog, kira-kira hampir setahun 3 bulan...he...ingat nak berhenti terus dah dari memblogkan diri sebab dulu bukak pun takde ape nak share.Niat nak sambung menulis ni timbul masa duk mengoogle pasal putera kesayangan Mami.Google cari petua, pakaian, mainan dan macam-macam lagi la. Dari situ terasa nak mengukir sedikit memori untuk tatapan suatu hari nanti.

Walaupun dah agak terlambat sebab Izz skrg dah masuk 9 bulan dah tp masa masih lagi panjangggg lagi. Harap-harap kali ni bukan hangat-hangat taik ayam lagi la...hi..hi....
comel tak saya?

Ok, entry kali ni hanyalah pengenalan kepada jejaka handsome Mami. Lahir pada 7 FEB 2012 bersamaan 14 Rabiulawal 1433 Hijrah pada pukul 9.48 pagi.Berat Izz masa lahir 3.06 kg. Agak besar jugak la sebab ingt nk dapatkan berat dalam 2.6++kg jer dengan harapan senang bersalin nanti....kononya la...ha..ha...


Bersalin kat Hospital Serdang, layanan dari jururawat dan doktor amat memuaskan skali, berbeza sungguh dari pembacaan awal Mami, mungkin lain orang lain rezeki.Alhamdulillah....Tok Umi datang ke Serdang sehari sebelum bersalin sampai hari ke-10. Lepas tu Mami sambung berpantang kat kampug jer.

hasil kreatif mummy :-)
Majlis bercukur Izz, Mami buat dalam usia Izz 3 minggu, buat simple dimple jer tp alhamdulillah semua berjalan lancar.

Izz jenis yang kuat menyusu, mau 3-4 jam skali nyonyot.Tok Umi pun sponsor puting skali..hi..hi...Buktinya, dalam masa 20 hari berat Izz naik ke 4kg ( genap 20 hari papa balik ke KL), 1 bulan 5 kg, 2 bulan 6.1 kg, 3 bulan 6.8...pastu xingt nak catat dah...ha..ha..

tengah melayan lagi Aisyah ni.
Masuk jer umur Izz 7 bulan, dah pandai meniarap macam askar dah, berat xnaik- naik dah. Sama jer bacaan masa usia 5 bulan, 8.9kg.Badan surut lagi bila Izz demam teruk masa usia genap 9 bulan, nk tumbuh gigi rupanya anak Mami ni...he..he...

Oklah, tu jer ringkasan pembukaan untuk tatapan anak Mami nanti, ada masa insyaallah Mami sambung mencoret lagi.

Wednesday, May 4, 2011

Bila kau dah mau kawen...

Malam ni Neni duk check event invitation kt facebook n kad-kad jemputan yang bersusun kat rumah.
kad dari member Neni dan juga kad jemputan dari kawan hubby.

Kami ni jenis tak ingat hari/ haribulan....so, langkah paling selamat kena la mark siap-siap kat kalender.
Untuk bulan Mei n Jun sahaja kami dapat dalam 15 jemputan...mak aaiihhhh...banyak jugak tu...
jenuh la nk g shopping hadiah....he..he...

Tapi kami pilih-pilih jer la mana yang termampu kami hadir, 
so xder la semua event kami join..sori ya kawan-kawan...
Nanti jangan lupa upload gambar tau....

Tuesday, May 3, 2011

Ape Yang Best???

Mesti ramai yang dh buat entry pasal Ujang and Yana kawen ni, tp Neni nak buat la jugak satu entry sebab dah lama sangat tak buat ape-ape entry...
gambar dari facebook Athirah Hassin

Ujang ni selain dari rakan blogger Neni, dia jugak kawan satu tempat keja dengan Hubby Neni, so memang hubby Neni kenal sangat la dengan Ujang ni.

Ape yang best masa kat kenduri Ujang tu, Neni boleh jumpa rakan-rakan blogger lain, semua cantik-cantik, semua bergaya dan yang paling best, semua ramah dan tak sombong. harap-harap nanti boleh la lagi buat perjumpaan dengan rakan-rakan blogger.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...