Pages

Wednesday, January 12, 2011

Segmen : Bermadah pujangga .. BEN ASHAARI


Baru je follow ben ashaari, tetiba ternampak pulak segmen bermadah pujangga ni...so, join je la...saje je...boleh tambah kawan....
Madah ni aku dah buat lama dulu dah...semacam kena je dengan madah berhelah aku tu...muatkan skali la.mana la tau kot-kot berkenan....


kU tUjU jALan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFG2g36DYMI2C4ZVTZiCOucNVpsrLhXP5hkOPiVKom5eR4NgusN9u_ZpqYEYBFimcB-qi-tgZ_DKt5OpGt-2EGm8MhYmMDA_pkUmtsKCSz46q6nrmXpcR2v7PQiu4IaCnLf3VPKKzcHew/s1600/image_thumb%255B1%255D.png

Jalanku....
Tiada persimpangan pilihan untuk ku ubah haluan.....
Tiada hentian untukku melabuhkan pemikiran, 
demi mencuri sedikit masa untuk mencari segala kemungkinan...
Paksa rela, ku teruskan jua,
kugagah bertatih dengan kekuatan hembusan restu dari orang tua.....
Jalan ku tuju hanyalah berturapkan batuan harapan,
berhiaskan bungaan paksaan, akanku jalani jua demi mencari sebuah taman syurga.

Tuesday, January 11, 2011

IF I WERE THE GREEN HORNET


Masa kecik- kecik dulu ada la berangan nak jadi sailormoon  la, power rangers merah la...hiK...hiK...tp skarang ni xder masa nak berangan nak jadi superhero ni...TETAPI............
Bila dah tersalah tengok iklan kat nuffnang tu, rasa terpaksa nak join plk contest tersebut.

(start berangan ni.....)

Jika aku ialah The Green Hornet, aku rasa nak nama glamornya Sexy Green la...(coz i'm a lady). Setiap masa aku akan bersedia dengan kelengkapan membanteras jenayah aku ni........


 HAAAAA....ni la dia....dalam beg LVku ni bukan setakat ada bincu, lip-lap2 mata je tapi ada sut hijauku, kereta kapsulku(kononya macam dalam cite GOKU tu la..keta boleh jadi kecik) dan macam-macam la lagi yang aku rasa sesuai untuk membanteras penjenayah ni...paling penting sembur lada tu mesti ada la...Hik...hik...
Bila ada panggilan keresahan,kesusahan atau ketakutan, beg aku ni akan bergedik- gedik la....maknanya ada la kesusahan tu.....LALU.......
    
                          "BERTUKAR"

 ops......silap- silap...... "BERTUKAR, BERTUKAR"
 HA.....macam ni la lebih kurang kalau aku bertukar jadi hero. Baju mesti kalis peluru, tahan basah dan yang paling best boleh terbang macam spiderman.Tak payah nak tunggu naik likopter dah... Aku akan membela nasib baby- baby yang nak kena buang tu...kesiannya...uweek....uweeek....
Aku jugak akan membela kaum wanita yang teraniaya terutama dari perogol-perogol dan peragut- peragut ni...Geram je nak sekeh semua PEPE ni....tu la main task aku, tapi kalau ada orang lelaki mintak tolong, aku tolong je kalau time tu line tak busy...he..he...
Oklah, cakap banyak pun xguna jgk, nanti semua rahsia terbongkar...he...he....babai....wish me luck ya...



<img src='http://www.nuffnang.com.my/wp-content/uploads/2011/01/The-Green-Hornet-Online-Keyart-2.jpg' alt="Green Hornet"/>

Tuesday, January 4, 2011

Pelangiku

Facebook by Neni Izazi on Tuesday, 04 January 2011 at 11:37
 
Pelangiku...Adakah kau berubah?
kulihat indah pelangiku bertukar kelam menjadi bara.Mampukah pelangiku kembali bercahaya? Seperti dulu, setelah ku tahu mahumu..setelah ku bongkar tuju rindumu yang sememangnya bukan padaku...Dan sememangnya akulah yang berhak menikmati indahmu wahai pelangiku.Aku....cuma Aku.

Pelangiku....adakah kau berubah?
Saatku menoleh, memberikan mata hatiku pada keindahanmu, sebentar cuma...tak lama...kau berubah menjadi bara berbisa dalam hidupku...mengoyak segenap anganku untuk menuju syurga....adakah aku yang salah menerima? menoleh pada pelangi yang indahnya bukan padaku semata- mata....

Pelangiku.....mangapakah kau berubah?
dahulu, pelangi indahku dulu mengintaiku dan ku tahu. Warna- warnimu...indahku rasa,terbias keistimewaanmu mencorakkan satu lukisan indah dihati, ku cuba memadamkannya demi menafi sebuah rasa yang datangnya tidak terduga....Dan kerana indahnya pelangiku...aku terima.....terima kamu seadanya dan hanya kamu pelangiku...Cuma KAMU..TIADA YANG KEDUA....


Rasa ini.

Facebook (P) by Neni Izazi on Thursday, 16 December 2010 at 18:30
ku pujuk hati yang mengheret rasa,
ku pendam lara demi sepalit cinta,
cinta yang ku kejar, cinta yang ku damba...

hampa...
perasaan bersulam duka, hanya kerana........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...